Wednesday, May 13, 2009

Checkup 35 wks

Appoinment kat hukm.
Pagi-pagi dah ke sana En Somi tercinter anto..Tapi dia tak dapat temankan..Aku pun tak kisah sangat biorlah dia p cari rezeki. Nama pun keje sendiri lagipun aku dah biasa.Kesian jugak kat dia, berejam nak kena tunggu aku.

Lepas jer buat pembayaran ( aku keje private so kena bayola) macam biasa tunggu nama kena panggil..Nasib baik tak lama sangat menunggu.So As usual amik berat, urine n check BP.
Yang tak bestnya kali ni checkup BP dah sangkut..So terpaksa kena buat repeat reading..Tinggi plak BP aku kali ni..SN kat situ sroh aku rehat 15 min sebelum amik bacaan kedua...Skali amik 2nd reading tak jauh mana pun turunnya. Aku dah cuak..

Bacaan BP 1st : 140/90 ( dah masuk line hypertension dah ni..huhu)
Bacaan BP 2nd : 130/90 ( yang bawah still lagi tinggi)
Urine : Normal ( Nasib baik ok kalau tak ada potensi kena admit cam time Wafi dolu)
Berat : 81.5kg ( huhu berat tu tapi okla tak banyak sangat naik..Buatnya naik 4-5 kilo mmg kena minum air gulala - at last kena gak minum air gula tensi aku)
Scan : dah tak banyak komen maybe kandungan dah makin besar so tak banyak yang nampak
Dr expect berat baby dah 2.7kg ( besar sikitla pada Wafi dulu)

Pas scan masuk bilik dr ..Dr kata darah aku dah tinggi sikit so dia suruh amik bacaan selang sehari and aku kena datang semula untuk next appoinment Isnin depan ( 18/5/2009).Dia nak tengok rentak aku nyer BP..
Sambil tu aku tanya boleh ker aku nak bsalin normal coz 1st pregnancy aku dah c-zer. Dr kata boleh cuba tapi depends gak ngan tekanan darah aku nanti( arapnya jangan la tinggi sangat).
Tapi dia kata peluang tu ader coz tinggi aku okla untuk try normal delivery. Luka c-zer lama pun dah baik sbb dah dekat 3 taun.Kata dr risiko pecah rahim ader tapi tak banyak. Kalau normal 1% n kalau di induce 2%.Dr akan bagi tempoh 8 jam aku kat LR tapi kalau lebih pada tu aku terpaksa di operatekan.. Tak kisahlah asalkan anak aku selamat dilahirkan kat dunia ni.

Dr komen pasal berat aku . Katanya as long progress baby ok tak kisahlah kalau berat tak naik sangat yang penting berat baby ok. Lega rasanya. Riso gak sbb dalam tempoh pegnency aku kali ni berat aku cuma gain5 kg jer. takut anak aku tak cukup zat.Tambahan lak ujung ujung ni asik makan muntah jer.

Dr tanya penah ke amik MGTT..berat ati nak jawab sbb mmg tak suka no minum air ni.manis gilerss..Nak termuntah..Katanya aku kena wat jugak coz berat aku dah cecah 80kg..Dr bagi MC 2 hari ( takpe jugak sbb aku mmg dah tak larat nak jalan sakit nau rasanya).

Pkl 12 baru siap semua... gi makan dulu pastu terus balik

1 comments:

cikin said...

ct.... tahniah tau..:):) slamat berpantang.. pantang bebetul tau.. nnti balik opis kiter kuruskan badan sesamer yer..:):)

TAHNIAHHHHH...:)

Selamat Datang