Monday, October 12, 2009

Breast Feeding

Iman dah 4 bulan maknanya dah 4 bulan aku berjaya BF kan Iman..Alhamdulillah buat masa ni masih cukup lagi susu untuk Iman tapi masih panjang lagi perjalanan yang harus aku tempuhi...

Stok?
Masih miskin dengan stok.Setakat ini tuaian aku cuma 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setakat ini aku hanya ada 5 botol.Bekalan hari ini cuma untuk esok hari..

Kenapa tak buat stok dalam pantang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan aku tak dapat nak buat stok masa dalam pantang.Ramai yang advice buat stok masa dalam pantang lagi..Akceli aku ader jugak pam masa dalam pantang dulu tapi susu yang aku perah tu terus aku bagi pada anak aku..means aku pam untuk dia minum lepas aku pam...ekeke paham ke.

1) Sebabnya aku takleh nak BF Iman lama2 gara2 Si Wafi masa tu yang terlalu banyak kerenah..So masa aku melayan Si Wafi mak aku la yang akan susukan Iman dari hasil perahan aku..
2) Peti ais rosak- susu tak mo beku...Ni sbb yang paling utama..Susu yang aku perah rotate dalam masa 3 hari jer..
3) Tak tahan dugaan masa pantang- Iman nangis memalam aku tak larat, mak pun datang bawak susu yang aku perah sebelumnya..Aku tdo mak amik turn jaga Iman...Kesian dekat mak...semua harapkan mak..mak tak penah mengeluh padahal aku ni asyik mengeluh jer padahal semua mak yang uruskan aku cuma jaga Iman jer....teruk kan aku..sobb.sobb..
4) Nipple crack- Aku gunakan stok susu yang ada.
Sekarang aku masih lagi tak buat stok..Stok cukup2 makan jer sebab nyer
--> peti ais aku problem...kalau buat low freezer tak beku..bila aku dah kuatkan lain plak jadiknya..Freezer aku dah penuh dengan salji..Ruang dah jadik makin sempit..
Kenapa la dulu aku tak terpk pasal ni..Kalau aku tau awal2 aritu lagi aku beli peti sejuk 2 pintu...Kan sekarang dah susah..huhu..Boleh ke nak trade in?
So ni adalah sbb utama sekarang aku malas nak buat stok..takde tempat nak letak..
Aduhh kenapa mesti ada perkataan MALAS ...
Aku tak leh malas.. keaadaan aku masih belum selesa. Sedangkan orang yang banyak stok pun kerap mengepam , aku ni lagi la sekangkang kera...huhuhu..(ehh boleh ke aku guna bidalan tu macam tak kena jer..ekekeke)
Sekarang jadual pumping aku dah berterabur ...sekejap pkl 6, kadang pkl 7 , kadang pkl 9 ..asik berubah2.Ni gara2 aku bangun lambatla. Selalunya aku akan pam sebelum pegi kerja dalam pkl 6 pagi..tapi kalau dah bangun lambat terpaksa la pam kat opis..Bila pam kat opis ada kerja mulala dah tukar2 waktunya ikut kesibukan aku ...
So pas ni aku kena betulkan balik jadual pengepaman aku yang dah haru biru..Riso plak aku ader baca dekat satu bolg ni kata kalau jadual pam kacau bilau boleh kurangkan susu...huhu tak nak la jadi macam tu..uhuhukk..
Ok la ..aku nak g pam dulu sebelum jadual pam aku terbabas lagi kali ni..

Open House - PUTRAJAYA

Sabtu
Ikut En Somi pergi open house..Bos lama dia (jadi driver YB sebulan jer) kat Putrajaya.Aku sebenarnyer tak ingat pun YB ni nama apa..hehehe...:) Umah dia pun aku tak ingat kat presint apa cuma yang aku ingat umah dia dekat dengan umah PM.

Sampai dalam jam 5 petang.Ramai gak masa tu..

Pergi konvoi dengan family kakak ipar aku a.k.a kakak en somi.Dia gerak dari Ampang kitorang lak dari Cheras.Jumpa kat Exit Putrajaya.

Datang terus amik sit..Makanan semuanya sedap2 belaka..Banyak gak menu..Aku plak lupa nak snap gambo..huhu..Biasala ingat makan je masa tu..

Aku tak pasti apa menu lagi waktu tu, aku cuma leh senaraikan menu yang aku makan..

-->Sate ayam+daging (Sate daging dia mmg mabeles berbanding sate ayam-selalu aku tak ske sangat mkn sate daging tapi yang kali ni bleh plak aku rembat sampai 6 cucuk..huhu banyak tu)

-->Laksa - Boleg tahan rasa dia

--> Kek coklat

--> Mee +koew tiaw Goreng - En somi je makan

--> kuih raya - yang derang amik kat meja aku almond londan, kuih siput dan entah apa jenis lagi aku pun tak kenal..heheh

--> Cendol - Kakak Ipar aku yang makan

--> Nasi Minyak - Abang Ipar aku makan

--> Ketupat lemang rendang- aku tak jamah pun tengok diorang la makan

--> buah2an - buahan tempatan tu

Aku rasa banyak lagi menu..aku pun tak berjalan memandangkan aku bgilir dengan en somi pegang Iman...Wafi..tak makan pun minum air jer..kenyang agaknya coz thari aku dah bagi makan kat siap bertambah lagi so aku tak heran sangat la dia tak mo makan.

Abis makan terus balik..Iman pun dah bagi signal.Aku plak tak bawak susu bagai.So bagi susu bergerak la..:) Sebelum terlupa layanan baik walau pun mereka ni golongan yang berkedudukan..

Balik kitorang singgah dekat tasik putrajaya kononnya nak solat skali ader opeh house lak kat situ segan lak..last kitorang solat kat R&R sri kembangan (Macam balik jauh jer bila benti kat R&R)

Ni masa baru sampai..Dr kiri anak buah aku Yana, Kakak Ipar aku-Kak Shida, Asben dia-Abg Nasir pluz dukung Iman, Mamat - Anak Bongsu Kak Shida, Abi, yang paling rendah tu my sweetheart - Si Wafi

Tengok sana ..cantik..

Bangunan apa ni..


Peace no War...Wafi ngan Mamat
Pesal Wafi cam malu2 ni...

Yana dan Abi....Yana ni tinggi orangnya..Tinggi mana2 dari aku..Tu baru Tingkatan 1..
Wafi dengan sepupu-sepupunya..Nasib baik aku tak ader skali kalau tak aku pun nampak macam baya2 diorang sbb aku rendah..ekekeke
Iman dengan cikdanya....Baik jer...

Thursday, October 8, 2009

Gambo Raya yang tak Semenggah




Iman

Iman


Anak ibu dah besar..Masa aku menaip ni Iman Baru masuk 4 bulan

Lahir -2.9kg
Checkup 1 bulan - 4.3 kg
Checkup 2 bulan - 5.1 kg
Checkup 3 bulan - Berat 6.5kg
Checkup 4 bulan ( semalam) - Berat 6.7kg

Tak kisahla berat berapa pun asalkan anak Ibu sihat.Dan sehingga sekarang aku masih lagi berjaya menyusukan Iman.Aku sentiasa berdoa dapat susukan Iman selama yang boleh.
Aku perasan badan dia macam dah susut sikit..Sebab malam dia dah kurang menyusu..Gara2 batuk selsema..Lemas agaknya..Moga anak Ibu cepat sembuh..Amin

Progress :
--> Suka sangat senyum..pantang nampak orang senyum jer
--> Dah keras kepala..
--> Dah mula berpusing-pusing+melonjak...dah tak boleh tinggal sorang2 atas katil
--> Tak pandai menerap lagi..boleh ngiring jer.. tapi yang kelakar kalau time nak menyusu sambil baring . Bila nampak jer ibu selak jer baju atomatik dia akan ngiringkan badan dia sambil senyum2..pandai anak ibu ni...
--> dah pandai takut makan ubat..masa sua jer shrink dia tutup mulut rapat2..kalau masuk dia akan juih keluar..huhu macam abang nyer jugak tapi ni budak tecit lagi sudah pandai..
--> Dah mula pandai pegang kaki..pegang tak per jangan isap k..lambat lagi nak dapat adik..hohooh

Iman tak nerap lagi tapi saja aku terapkan dia..dah terkial2 aku negok dia nak terbalikkan badan dia tapi tak lepas2.Sebenarnya elok jer tegap masa aku menerapkan dia..Tapi dah lama baru aku tingat nak snap gambo dia..tu yang nampak menyeget pale dia..dah lenguh gamaknyer..hehehe


Dah nak tumbang

Lega...
Tayang apa tu Iman

Wedding Cik Cikin

Akhirnya dapat jugak aku menghadirkan diri aku kat Majlis Perkahwinan cik cikin..Aku memang dah lama plan nak pegi wedding cik cikin ni selepas wedding adik seopis dengan ku si Zulia aku tak dapat pegi..Ni semua gara2 anak tak sihat..Yer lah kita cuma merancang tapi semua tu kuasa tuhan..

Mulanya memang dah tak jadik pegi pun, memandangkan kesihatan Iman yang tak mengizinkan. Puas jugakla pujuk en somi..Akhirnya dia bagi jugak..Sian agaknya kat aku..tu pun selepas dia pertimbangkan beberapa faktor antaranya buat kad dewan so takdela kena berpanas..Siap bersyarat lagi tak leh lama2. tak kisahla asalkan dapat pegi..Huhu ..

Terima kasih yer bang...Cik Cikin ni dah lama mengajak dari dia tak tunang lagi...lagipun kawan baik...

Iman, Iman budak baik ...tak banyak ragam masa kat sana, means Iman merestui ibu pegi Wedding kawan Ibu ..love you..:)

Cikin...sorryla aritu takleh nak dok lama2 sbb Iman tak berapa sihat..kalau tak mana pengantin berposing kat situla aku mengejoinkan diri..hehehe..

Ramai gak jumpa staff2 TM..cuma Pn Zulia + Pn Ana tak dapat gak nk jumpa..Cantik pasangan pengantin. Sama cantik..dedua comey jer..Pelamin n decoration kat dewan cantik sangat.. Layanan pun ok.gift pun ok..kiranya tak sia2 cik cikin plan awal2.Well prepared.Kuih bahulu tu memang sedap..So tak heranlah si Wafi belasah sampai 5 ketol..huhuu dia sorang jer yang bantai

Sebelum terlupa tu pada cik cikin..opss Puan cikin + En Jonid.

Selamat Pengantin Baru...Moga berbahagia ke akhir hayat...Amin

pssst..cikin cepat jemaah sama-sama dengan Zulia..rapat kan Sofffff..hehehe

Satu gambar jer yang sempat snap dengan pengantin

Gambar 3 beranak.. Anak Ibu dah bangun sebelum tu tdo jer..
Wafi ni spoil betul la...tayang lidah merah minum sirap ekk..hehhe
Tayang gigi plak....Gambo model yang sama post Wafi jer berubah.heheh
ni kad jemputan cik cikin

Kalau dah ader good news nanti jangan lupa war-warkan yer.. :)

Sunday, October 4, 2009

Aku Susah Hati

Hari ni aku datang kerja macam biasa. Last week aku terpaksa amik EL coz my doter tak sihat.Sampai opis pagi ni plak kat area kubikal aku kosong la plak. Huhu sunyi la plak takde member nak borak. Bukan apa aku ni kalau sunyi2 mula la susah hati. Dok tingat anak kat umah. Apa la kabo anak aku sekarang.......
"Iman cepat sembuh yer..Tak sabar tengok Iman ceria macam selalu. Ibu tau Iman susah nak bernafas..Minum susu pun dah kurang.. Ibu sayangkan Iman"
Aduh syahdu lak aku rasa..wawawawwaa
Ceritanya cengginni
Raya keempat ( Rabu)
Actually masa cuti raya aritu lagi Iman dah tak berapa sihat. Sepatutnya aku dah nak balik KL ari rabu lagi (minggu raya) tapi terpaksa delay sehari coz keadaan Iman yang tak mengizinkan. Dia dah mula selsema. Kat kampung ramai yang tak sihat so nak buat cemana antibodi tak kuat lagi tambah plak semuanya nak ciom2.Pagi rabu tu aku g klinik kat Gerik (aku ingat nak guna kad tapi boleh plak staff kat situ kata aku keje kat KL so kena bayar sbb jauh..huhu boleh plak macam tu)
Actually dr tak nak bagi ubat katanya masih baby tak boelh biasakan makan ubat, tapi bila check tekak dah merah dr terpaksa bagi antibiotik+demam. dia. Aku ni mmg cepat menggelabah, tambah time anak sakit aku takleh nak control emosi aku..cepat panik..Alhamdulillah esoknyer Iman dah beransur pulih...So weekend Iman dah macam biasa ceria macam selalu.Aku still continue antibiotik yg dr kasi.
Isnin
1st day hantar Iman kat umah "mama" lepas raya.Pagi tu dia ok jer..Tapi masa balik nampak dia dah start batuk tapi tak berapa teruk..
Selasa
Batuk...tapi tak berapa teruk..nak bawa klinik tapi baru sangat p klinik..ubat pun dah ader
Rabu
Batuk tak baik2 lagi tapi still agi akt..Tapi aku terpaksa gak antar umah pengasuh. Tapi aku dah pesan dengan Kak Zana kalau ader apa2 hal terus call aku kat opis..Dekat opis ader aku call tanyakan pasal Iman tapi katanya Iman ok cuma batuk tu ader lagi..masa tu aku dah mula riso.
Balik krja aku amik Iman dia dah tak berapa nak senyum..nampak tak larat..Kak Zana pun cakap Iman dah makin teruk..Sampai jer rumah aku letak Si Iman.Dia nangis. tak nak nak duduk..nak berdukung jer..Aku tengok napas dia dah lain macam perut pun dah berombak2. Aku panik terus call asben p klinik. Aku sempat gakla capai 2 keping pamper, napkin, baju 2 pasang..Dr check katanya Iman perlukan banyak oksigen, nadi pun dah lemah. Dr tak berani nak continue terus refer ke HUKM
HUKM
Terus pergi emergency..Ya Allah lupa plak nak bawak surat beranak ...So guna IC aku jerla..Then check segala bagai.. terus p amik neb..Nangis2 anak ibu..sian tapi nak buat cemana kalau tak lagi teruk sayang..Ramai gak yang tengah amik neb tu..Dalm ati aku riso gak yerla skarang kan heboh pasal HINI.dan semua kat situ semuanya perlukan neb sbb semput..Masa tu aku cuma dapat bdoa arap semuanya selamat..
Asben aku menunggu kat luar dengan si Wafi. Berdukung la aku Si Iman ke sana ke mari ikut dr.Penat tak yah cakapla..Lenguh berdukung sampai hari ni terasa lagi. Lepas amik neb dr check still lagi tak ok . Dr suruh tunggu lagi untuk amik gas utk kali kedua. Aku mintak permission dr untuk jumpa asben kat luar.. Aku tak sampai hati nak uruh diorang tunggu.Entah bila Si Iman boleh discharge. Makin lama makin ramai patient..Suasana dekat bilik kecemasan kelam kabut.
Iman dah nangis nak susu..kebetulan aritu aku tak pakai nursing bra..Siap pakai besi lagi..huhu punya la susah nak BF. dah la tak de tempat ..Nak tak nak terpaksa aku BF kat situ jugak..demi anak aku taerpaksa tebalkan muka..kakak kat situ pun pun soh bagi gak.Dahla dr yang incharge si Iman tu hensem giler babas (anak sakit pun sempat lagi aku ushar) nasib baik laki aku tak tau..heheh)
Jam 2.00 am
aku still lagi kat emergency room..waktu ni mmg aku dah ngantuk tapi aku gagahkan jugak. Masa ni dr decide nak amik darah Iman. Nak buat ujian darah coz Iman still continue antibiotik. Nak tau ader jangkitan kuman dalam darah atau tak..Sian Ibu tengok Iman menangis masa nurse datang nak amik darah..banyak jugakla..huhuu..
Dalam emergency room tu punya la sejuk ..Iman hanya berselimutkan napkin..aku yang banyak lemak pun rasa nak menggigil sejuk inikan plak Iman. So tak salah rasanya aku request selimut kat staff kat situ.. selalunya aku memang bekalkan kan towel dalam beg in case ader apa2 hal.nak jadi citer plak aku leh keluarkan ..Bila aku request bleh plak satff kat situ tanya sapa punya patient ni..huhu masa tu aku sedih sangat..Salah ker bagi dulu selimut ni tak suruh aku tunggu kat asthma room pastu blah macam tu jer.. Kot yer pon tak sian kat aku sian kan la baby aku ni..baru 3 bulan..Bila tanya sampai bila nak tunggu kata sorry kitorang banyak patient hari ni..aku tak kisah tunggu lagi tapi pleasela bagi selimut untuk anak aku ni..Masa tu aku Iman erat2. bagi haba badan aku hilangkan sejuk pada badan dia..huhu (rasa nak menitik airmata waktu tu) dalam 1/2 jam pastu dr datang bagitau result blood test.Alhamdulillah ok...dia kata leh discharge tapi kena amik ubat dulu.Berdukung si Iman p kaunter pembayaran+amik ubat kat farmasi..lenguh tangan ni berdukung..skali g kaunter cash takde huhu lagi arasa nak nagis..tak penah aku takde cash kat tangan..nak p atm mana nak carik pagi2 buta..nasib baik staff tu memahami dia print inv leh bayar dalam masa 14 hari..dengan tangan penuh beg berdukung iman pergi carik public phone nak balik..Memang menitik air mata aku masa ni..Dalam 15 min asben aku sampai..Aku mintak dia bayarkan bil..
4.00am
sampai umah.. Tapi tak terus tdo pun...dok usap2 si Iman..Iman Ibu sayangkan Iman

Selamat Datang