Thursday, February 4, 2010

Berhabuk

Dah lama tak ber blog sejak ber FB ni....
Lagipun aku ader keje....takleh nak ziarah kat sini selalu...hehehhe..kang nampak sangat ku tak buat keje..

Thursday, January 7, 2010

Iman oh Iman


Iman dengan kakak sepupunya ..Yong
Sekarang Iman dah
--> 7 Bulan
--> Dah tere Mengesot..Wafi kata adik Iman dah pandai berenang
--> Dah angkat bontot ngan dada..Nak merangkak tapi baru 2 3 langkah..chaiyok
--> Berat maintain 7.5kg..
--> Panjang 69cm...bleh tahan panjangnya..
--> Still bf
--> Paling latest Iman dah tumbuh gigi...patutla asyik gigit 'n****' ibu..Sakit wooo

5S

Ari ni kat opis ada buat 5S...

Kepenatan da.....Opis dah ok..workstation aku plak bila plak nak clear...dah teruk beno rupanyer..

Arini kena balik sendiri..wawawa...Takpela exercise..huhuh

Wednesday, January 6, 2010

Semalam Punya Cerita

Semalam aku tak masuk opis..Sebenarnya pagi smalam aku dah bersiap g keje..dah nak sampai pun..Tapi tak sedap hati punya pasal aku soh asben aku patah balik pergi amik Iman then bawak gi jumpa Dr.

Akceli sejak dari raya puasa lepas, masa tu Iman dalam 3mths..Nafasnya bunyik2. On off on off. Asal sejuk mesti nafas dia bunyi kuat. so semenjak dari tu la aku asik pegi balik klinik amik ubat. Mak plak ada penah cakap dengan aku yang baby yang below 1 year tak elok amik ubat selalu.Antibiotik lak tak leh makan selalu takut nanti dah tak datangkan kesan lagi. Paling kurang ada gap 6 bln. Aku pun tak berapa pasti kesahihan nya..tapi aku still dengar cakap mak aku..Tapi aku rasa betol gak sbb iman penah admit kat hukm n dr cuma bg ubat cair kahak n sedut neb.Diorang tak nak bagi simply2 bg antibiotik.


So sambung balik citer tadi..Pagi tu aku antar Iman cam biasa, tapi Iman wheezing kuat sangat..dah gaya semput..So dalam keta aku tak senang duduk.Asben aku perasan agaknya sbb elok dah sampai u turn sebelum sampai Menara dia tanya nak g keje ke nak patah balik.Aku dengan pantas kilat trus soh dia patah balik.


Budak pengarang jantung Ibu sampai Iu dah g keje sanggup patah balik..Tangkap gambo sementara menunggu time slip dari dr.

Muka budak sakit...


So aku decide trus g pakar kat PUSRAWI..



Hajat nak jumpa Dr Rozini ( Pakar kanak2) tapi masa aku pegi tu Dr Rozini EL. So aku jumpa Dr Kamaruddin jer..


Dr check katanya Iman ader lelah..Kahaknya banyak sangat..huhuh..susah hati aku.Mulanya dia nak tahan wad dalam 3 hari..Oh tidak..PUSRAWI ni bukan panel so ongkosnya dah tentu riban2..Kalau boleh claim pun entah bulan bila baru dapat. So aku mintak dr bagi ubat dulu tengok lu cemana.So Dr bagi ubat then amik neb lagi..Then next checkup sabtu ni 9/1/10.



Ubat-ubat yang Iman wajib makan






Tuesday, December 29, 2009

My Happy Family

Macam main kad plak bunyiye. Permainan masa tecit-tecit dulu..ahakks



Dah makin besar plak keluargaku ini. Dari hidup

-->sorang jadi berdua

-->Berdua jadi bertiga

-->Bertiga kini berempat



Gambo ni amik masa kenduri anak buah..tingin dok kat pelamin heheh..Asben aku sakit mata tu yang dah jadik cam S. Jibeng lak

Monday, December 28, 2009

Sejak dah tere ABC

Mana2 pergi dok nyanyi ABC..takde langsung rasa malu...

Kalau ader jer tulisan mesti dia dok baca satu2..

Terharu gak tapi kadang2 aku plak sakit tinge...nak tengok tv pun tak leh...sbb sekarang ni dia obvious dengan huruf..nak mengeja.

psss..apa punya mak da..heheh
video

Sambungan kisah semalam

Memandangkan semalam aku cuma dapat 3 botol hasil torehan ku di opis, pagi tadi aku terpaksa menambah sessi pengepaman aku pada awal pagi..Lepas Iman menyusu pkl 3 pagi tadi aku terus bangun mengepam...Hasilnya cuma 4oz..huhuh..Takpelah daripada takde langsung. Ini bermakna dah bertambah 1 botol jadikan 4 botol.

Pagi tadi lepas subuh aku pam lagi..Selama 15 min aku cuma dapat 3 oz..Sangat sedih.Susu tu jugak aku antar ke rumah baby sitter...Tabahkan lah hatiku.. hari ni hari pertama aku minum nursing tea yang aku beli bulan lepas. Sebelum ni tak pernah guna lagi dan aku pun tak tau keberkesanannya pada badan aku.Hopefully arini hasilku ada peningkatan.

Kerapkan mengepam?
Sedih..Sedih dengan persekitaran tempat keje aku yang tak mesra alam ni..Mana taknya ada gak sampai kat tinge aku ni kata aku suka 'mengular' time keje.huh..Ada plak sora yang soh aku kurangkan sessi mengepam kat opis..Selama ni pun aku pam 2 kali je derang dah jeling2..jadikan sekali..Aku tak rasa kalau aku pam sekali jer kat opis diorang leh diam macam tu jer..Kalau boleh tak yah pam langsung..Aku tak marah tapi aku rasa sedih sangat.Kenapa aku tak amik tau pasal orang, tapi orang nak tau pasal aku.Aku buat keje .Memang nampak sangat aku selalu takde kat tempat tapi ditegaskan aku buat keje..Kalau aku banyak keje pun aku wat sensorang.Tak kacau keje orang lain. Kalau tak siap aku rela balik lambat.Sehingga kini aku takde claim OT lagi k.Aku keje ikhlas walaupun dari segi luaran nampak macam aku tak wat keje.
Kalau :-
Kalau aku tak pam, B aku bengkak2 sampai MC - Lagi susah
Kalau aku tak pam sapa yang nak bagi susu kat anak aku -Aku jugak yang susah sbb anak aku hanya minum susu aku sahaja.
Kalau aku bagi formula kat anak aku korang ker nak bagi duit kat aku bulan2 untuk beli susu - Semestinya tidak
As a conclusion- Jangan kisah pasal aku
(Ter'emo' la plak)
Aku tak pahamla...
updated :
Aku baru pas pam tadi ..hasilnya kurang memberangsangkan..Cuma dapat 5oz...huhu cemana aku nak bekalkan at least 5 botol untuk Iman esok. Buat masa ni aku cuma ada 1 botol..
Nak nangis pun ader.
Apa yang patut aku buat.....nursing tea ni macam tak serasi je dengan aku..Asal period mesti jadi cenggini...Oh tidak...
Akhirnya aku terpaksa mencurik 2 stok frozen untuk esok...sedihnyerrrrrr memandangkan petang ni aku hanya dapat 5oz sahaja.

Selamat Datang