Tuesday, April 28, 2009

Siannya anak Ibu - HFMD

Aritu aku ada citer yang anak aku demam. Actually masa tu anak aku dah terkena virus Penyakit Mulut kaki tangan (HFMD). Korang pun mesti dah penah dengar tentang penyakit ni. Aku sebelum ni pun pernah jugak dengar tapi tak banyak sangat info yang aku ada..tak sangka plak anak aku nak kena. Penyakit ni selalu menyerang kanak yang umo bawah 12 tahun..kalau tak silap info yang penah aku baca.

Sabtu (11/4/2009)
Aku dah terasa lain macam suhu badan anak aku ni tapi aku tengok dia masih lagi aktif so masa tu aku tak amik pot sangat cuma aku dah mula awarela..Malam badan Wafi still 'dedar' tapi susu+ makan macam biasa.

Ahad (12/4/2009)
Badan still 'dedar' tapi dah mula nampak mata dah layu tapi still lagi aktif.Wafi ni memang tak dok diam. Kalau dah sakit sangat baru nampak. Pagi2 dia dok main suluh mata, mulut guna torchtlight kat hp aku. Entah macamana dia gi suluh mulut dia. Aku terpandang macam banyak dot2 merah dalam mulut dia. Aku tak pasti sebelum ni mmg cenggitu ghupanya atau dah mula ada tanda luar biasa kat anak aku..Tengahari mak sampai dari kampung, mak tego Wafi nampak tak larat walaupun masa tu dia tengah laju bawak keta dia..Nampak macam biasa cuma aku bagi tau kat mak kata dalam mulut wafi ader dot2 merah penuh..bukan ulser.. Mak kata takpe monitor je dulu

Petang
Wafi dah mula meragam tapi bila dah mandi nampak ok..So petang tu pegi umah Along tengok baby zulaikha yang kebetulan baru jer kakak aku amik petang semalam.Wafi main cam biasa tapi asik wat perangai tak macam selalu..badan makin panas tapi siksanya makan ubat..aku plak dah khabisan stok ubat memandangkan wafi dah lama tak demam rasanya nak dekat setaun gakla dia tak demam. Along pun dah habis.Nampak wafi dah lain macam mak aku sok gi klinik amik ubat sbb wafi dah mula merengek..pergi klinik kat Taman Tenaga..Terpaksa Mintak tolong Along antarkan en somi aku takleh antarkan..Wafi dah mula nangis..Dr tak dapat nak trace demam biasa atau sakit lain ..aku ader tunjuk bijik2 kat tanganhn dia yang dah mula naik..Dr kata baru sangat so dia assume demam biasa.
* Petang ni jugak dapat call yang Mak Long dah selamat bersalin

Isnin (13/4/2009)

Aku terpaksa amik EL .Badan Wafi still panas..Nak makan ubat punyala siksa..Selalunya senang jer nqak bagi ubat..No wonderla sekali aku perasan dah mula naik ulser kat bibir.Mula perasan satu jer sekali dah tengahari kat depan bibir saja dah ada 3 mata..Dah mula tak mau makan minum bagai..Aku dah mula susah hati. Asyik merengek jer."Mama, akit"..Memang masa ni aku dah risau bangat..Mana inu yang sanggup tengok anak dia sakit..Dalam masa yang sama aku ni pun bukan nya kuat sangat macam dulu..Nak jalan pun sakit..terpaksa kuatkan semangat. Nak taknak aku terpaksa bersilat masa nak bagi wafi ni makan ubat..Bayangkanla aku sensorang pegang dia.kaki aku kepit kaki, tangan dia aku pegang..sebelah tangan lagi aku pegang shrink..dengan perut boyot2 ni la..sampai senak la kena tendang dek si wafi..Nak nangis pun ader..Kederat mak buyung ni tak terdaya nak lawan..Asben aku dah pergi keje so aku la sensorang kat umah.

Selasa(14/4/2009)

Terpaksa cuti lagi..Pagi2 aku dah bersiap nak ke spital..Ajak asben aku p HUKM memandangkan demam wafi yang tak baik2 malah makin teruk..perkataan 'Akit' sakit tu sampai dah tak larat nak dengat..Tapi apa yang aku mampu buat..Cuma boleh berserah. Dr sahkan Wafi kena penyakit kaki tangan mulut dan terpaksa dikuarantinkan. Aku terpaksa tambah lagi cuti memandangkan wafi tak boleh hantar pada pengasuh . Kata dr virus ni mudah merebak..Masa ni fikiran bercelaru..Dengan ingatkan keje yang tak siap lagi, delivery yang makin dekat, anak sakit+ tak mo makan, aku yang makin tak larat..

Khamis (15/4/2009)

Masih lagi demam tapi dah nampak kurang..bijik2 kat tapak tangan,siku,lutut, tapak kaki dah nampak sangat..tapi masa aritu dah nampak kering( sebelum ni aku sapu calamine lotion), tapi ulesr kat mulut tak baik2 lagi..Penuh satu mulut,lidah lelangit, tepi bibir..(kita yang naik satu jer ulser pun dah rasa sakit sangat, ni plak budak . penuh satu mulut plak tu)

* Seminggu wafi tak minum makan ..minuman dia cuma dutch lady coklat.. Makin susut anak ibu.

Petang

Tetiba aku dengar wafi menjerit..masa tu aku kuar toilet dia kat bilik..Skali aku masuk tengok dia tunjuk mulut ..Tergamam aku tengok gigi dia penuh darah..Rupanya mulutnya tersangkut kat tingkap masa berdiri tepi tingkap..Aku makin gabra..Sambil aku baringkan+lap darah kat mulut sambil tu aku marah dia..Marah tahap giler..tak pernah aku tengking sebelum ni..semuanya sekelip mata..bibir atas tu terkoyak..menggigil tangan aku masa lap tangan dia..Korang percaya tak kalau aku cakap wafi sikit pun tak nangis agaknya dia pun terkejut tengok ibu marah..tak pernah ibu segarang tu. Agaknya dia pun rasa bersalah..Banyak giler darahnya sampai penuh darah satu napkin.

Pas reda aku pelok cium anak aku tu..nagis sama2..Nasib baik kena tang mulut kalau tersangkut kat mata macamna nak...Sampai bila2 Ibu tak dapat nak maafkan diri ibu!! sob..sob..emo plak aku.Esoknya baru aku citer kat asben aku.

Snap pic ni pun masa dia tdo..kalau tak jangan harapla..mau dibalingnya kamera ni. Masa ni dah hari ke 5 so dah beransur kurang










Jumaat (16/4/2009)
Aku terpaksa mintak tolong mak jagakan wafi memandangkan telefon aku asik berdering2..Banyak keje yang pending.. Buat keje pun tak tenang..sat2 tepon mak
Dugaan.......
Panjang plak entry kali ni

Thursday, April 23, 2009

POYO nyer aku ni

Entahla tetiba aku rasa macam nak letak gambo perut aku ni.."chicken w/out head". Seganla nak letak muka aku yang kembang semangkuk ni.

Saja wat kenangan . Pas ni entah bila aku akan lalui pengalaman ni lagi..Aku snap pics masa kat umah..mesti waktu tu si wafi tertanya-tanya..Peliknya, apala ibu aku dok tengah buat..Wakakakak..Saja jer ibu try test, sementara adik wafi tak kuar lagi ..pas ni perut ibu dah kempis so dah tak dapat dah angle cenggini..hehehe
(yeke kempis..hehe ke maintain jer)

Masa ni aku dah 33 weeks.. Kali ni aku rasa perut aku ni macam belon jer..bulat semacam..Nak kata besar tak jugak kot sebab kalau ikutkan penambahan berat badan aku sampai sekarang dah 33wks cuma 3 kg..Cuma yang ketara kali ni aku rasa cam berat sangat nak jalan.tambah kalau dah dok lelama..nak baring2 pun kena atas tilam..kalau tak mmg sengsara rasanya..Kalau tak asben angkat mmg jenuh aku nak bangun..Mekasih yer bang..:)Wafi pun selalu tanya kalau aku dok mengaduh sakit.."Mama,nape..akit yut ke" sambil usap2 perut aku...



Bulat je rasanya


Gaya perut aku ni baby boy ker gal?


Ni kalau aku berdiri.. Tak nampak sangat


Checkup 33wks
BP : 120/70 (harapnya maintain la sampai nak bersalin nanti)
urine : ok
Air ketuban : ok
berat : turun 1kg
Gender : Sejak scan tak pernah dr cakap boy..asik gal jer ..tak kisahlah asalkan sihat sempurna.
position baby : Melintang (dr kata wal lagi selalunya 9 bulan baru kepala ke bawah. mak aku pun cakap macam tu)

Sekarang aku dah start checkup 2 kali sebulan..so next checkup kat klinik 8/5 n kat PPUKM 11/5 ni..

Niat aku kali ni:
1) Dipermudahkan bersalin nanti.Semuanya selamat..AMIN
2) Dapat bersalin normal
3) Dapat bfeed baby slama mungkin
4) Sempat siapkan keje2 yang pending sebelum handover

habiss..

Wednesday, April 22, 2009

Dah besar si Wafi ni..So far dah boleh cakap sesikit..Tapi biasala hanya ibu dia jer yang paham apa hang dia ceritakan..Biasala nama pun Ibu.

Lepas baik demam ni alhamdulillah dah mau makan minum macam biasa..macam kemaruk pun ader sebotol susu tak cukup kena bancuh lain plak..Makan nasik pun sure bertambah..agaknya balas dendam seminggu tak makan .Cuma sekarang dah pandai merayu mintak susu.."Mama,olongla wat susu..Nada mmg lebut habis kena plak sora dia yang memang lembut..tak sampai hati kalau tak buat.

Dah makin cerdik.Kalau ibu solat dia pun kalut nak solat..tapi kejap jer pastu masa kita tahiyat waktu tu la dia kalut nak cium pipi ibu dia..Terharu jugak bila dia amik kepiah dia pastu sibuk tanya "Mama, Quan ane? (tanya mana Quran)tak pun dia amik sendiri kata atas meja pastu bersila kat atas sejadah sambil baca bahasa dia..( Quran kecik aku yang sebesar tapak tangan)

Teramatlah manja..

Siksanya nak bangun pagi.Sekarang kecik lagi bolehla ibu nak layan kalau dah besau mau kena tempik.heheh.Bila kita kejutkan dia mula cakap..'Mama Antukla' sabar jela..

Time marah dia buat dek jer..tapi bila cakp " Wafi tak sayang ibu yer.." cepat2 dia datang cium pipi. pandai dia memujuk.. Tapi kalau time marah kalau dia peluk cium buat dek jugak kata tak nak kwan dia..dia akan peluk kita sekuat hati cium2 sambil nangis2.Itula gaya dia mintak maap..Ibu jarang marah tapi bila sekali ibu marah dia paham sangatla.Saja buat macam tu biar dia paham bila time nak manja n bila time kena marah.

Suka sangat mengusik antu..kononya buat gaya+sora antu..Suka melayan bukan apa kalau kita tutup muka..kata TAKUT2 sambil tutup muka..cepat-cepat dia akan tarik tangan kita tu sambil cakap.."Dah..dah..(sambil tepuk2 bahu kita)Padahal tak seram pun..hehe

Suka membaca..buku2 yang aku beli banyak yang dia dah hafal..tujuk jer gambo dia akan bagitau..kalau story book plak dia suka dok sorang sambil translate cite ikut gambo..

Sekarang ni susah nau nak snap gambo anak teruna ku sekarang...ini pun jenuh pujuk . Gambo ni masa dia dah sihat dari demam..So back to normal..Mana mau dok diam.






Monday, April 20, 2009

Hari ini dan Semalam

Aku baru jer balik dari Finance submit payment..Aii cepat benar penatnya macamla jauh beno aku menapak..takpe exercise..Mood aku skrang ni masih lagi terkawal...sambil aku wat keje sambil aku layan blog..wat karangan semantara aku tengah rajin..kalau dah datang angin malas memang teramatlah malas..

Smalam kononnya nak makan kat luar, entahla aku tiap kali pegnen ader jer yang tingin nak makan.Makan tak beria sangat cuma tingin tu jer lebih.Masa dalam perjalanan balik aku bagitau kat asben aku yang tingin benar aku nak makan kat Pizza Hut,alah kannyer yang mahal cuma set promotion yang RM7.90 tu jer..Asben aku kat aku ni tak abis2 ingat makan jer.. Dah nak buat cemana aku kali ni memang tak gemar sangat makan nasik..Tambah sekarang cepat benarnya loyanya datang takleh makan terlebih sikit mulala nak terkeluar balik.Dalam tak sampai 10 minit aku boleh plak request nak makan sizzling mee. Teruknya aku ni..Last2 satu pun tak pergi katanya makan kat Kg Baru jer sambil tu dia nak isi NGV..Tak kisahla katanya lepas Maghrib..

Lepas Maghrib da bersiap bagai.. Masa On d way isi gas tetiba asben aku kata tak tak jadik..Perasaan aku ? emm macam2 ada..Aku pun sebenarnya mmg dah takde selera.yelah masa tu dah pkl 10 mlm..aku ni sejak2 dah masuk trimester ketiga ni kalau lewat2 mmg dah takde selera nak makan even lapar skalipun.Cuma aku terkilan asben aku suka tukar2 plan..Emm malasla ingat balik pasal semalam kang aku layn blues plak..aku ni skarang mmg sensitip pon..TUTUP CITER

Eh sebenarnya aku nak cakap yang aku tdo lewat smalam sbb balik lewat dari Ampang semalam..balik mandi, solat gosok baju dah pkl 1++.

Pagi2 asben aku kejutkan dia dah nak p keje katanya pas balik putrajaya nak antar p keje TUP TUP plak tetiba asben aku kata dia leh hantar sampai LRT jer..so terpaksala naik tren jer tadi, aku tau dia ader sbb tak dapat antar aku cuma masa tu aku rasa susuah nak terima alasan dia.Makin lemak plak aku ni, dulu time wafi bleh jer aku naik tren dari start pegnen sampai dah nak deliver tapi sejak pegnen kali ni dah terbiasa asben antar, kena naik tren pun dah buat muka..Terukla aku ni..tak reti bersyukur..BUKAN APA AKU MMG SAKIT NAK JALAN bukan sengaja sbb kalau naik tren mmg takdenye nak nerasa duduk2 ni.. Takpela sabr...sabar...

Macam-macam

Sekejapnya masa berlalu..aku pun dah lama tak update blog...cik spiderman pun dah mula nak wat sarang...

Alhamdulillah anak aku si Wafi dah sihat..Syukur sangat

Masa aku menaip ni aku baru jer siapkan keje aku yang dah lama pending..target aku nak buat recoupment 3 kali dalam bulan ni rasanya tak tercapai..tak sempat da..gara-gara aku bercuti panjang last week.. Kalau ikutkan hati nak je aku g keje bukan nak kata aku ni rajin tapi aku risau aku tak sempat nak siapkan keje aku sebelum aku deliver nanti..Nak jadik citer bulan ni banyakla plak petty cash claim..due date 27hb ni..em entahla..arap2 sempatla.

Ader 3-4 payment request yang tak settle lagi..ni pun sebab aku cotila..actually aku dah siapkan ari jumaat lagi..approval semua dah dapat cuma aku tak sempat nak faxkan supporting doc pada Proc..emm haruslah tertunggak jadiknya..mana sangka aku nak coti the whole week..uhuhhuu biasalah nak tunggu PO dari Proc pun satu hal..kalau arini buat ari ni dapat tak pe gak..punyala aku xcited nak settlekan payment asap tapi lambat gak jadiknya...yela kita cuma merancang , ALLAh yang menentukan..

Ni pun baru dapat email dari bos last submission doc kat finance..InsyaAllah sempat kot aku siapkan ..tapi semua ni bergantung gak pada BOS, PROC , VENDOR..

Esok pepagi aku nak g finance antarla apa2 yang patut..yang tak siap lagi tu lusa tulat la aku anto..macam tiap2 ari jer aku kena gi menapak kat finance tu..kenapala nak g sana ader tangga..aku ni bukan apa mmg lemah sikit naik2 tangga ni..mengah mok cik..setakat jalan tu ok lagi..So far boleh lai jalan cuma rupo tu dah macam peguinla..waktu jalan jer semedang perut mengeras tak pun baby dock kick2 kat dalm perut ni ha..

Hari ni plak jiran sebelah aku ni coti.Tak kata ke diala.Dia pun tengah menghitung hari jugak tapi bukannya menghitung hari macam aku..Tengah menanti saat yang bahagia, sibuk buat persiapan yang tinggal tak berapa hari je lagi.So pas ni dah tukar tittle jadik isteri orangla yer n Welcome to our club silap hari bulan terus join geng mummy2 ni..hehehe AMIN.Mati kutu gakla aku arini..jiran sebelah kampung lak bz gayanya..kena ganti kakak sec yang bercoti.Kalau tak, ader jer muka sidia yang comey ni ziarah kemari.Dengan itu, aku jadik baikla kejap..takdela dongar sora den yang meriah ni..:)

Sekarang ni aku menghitung hari...LAGI 51 HARI..Time To Deliver..kalau ikut dah memang tak larat dah nak p keje. tapi mengenangkan kalau dok umah lagi aku tak larat..banyak duduk walaupun ade je keje..buat keje sikit benti tgk tv..heheh..baik aku g keje..cuma lecehnya pepagi semedang sampai lambat..Nak kata bangun lewat tak jugak cuma nak wat sesuatu tu semua take time..nak bangun dari katil pun seksa..maklumla malam payah benar nak tdo..yerla perot dah boyot2 ni tdo telentang salah..mengereng pun salah..semuanya jadik tak kena..bangun malam mandi tu dah jadik perkara biasa bagi aku..kalau tak, sampai pagila aku tak tdo...

Smalam aku test wafi tdo kat bilik sebelah...mula tu berat jugak nak tinggal takut dia jatuh katil..dia ni mmg lasak ..tdo bertiga kat bilik aku mmemang dah tak muat..salah sorang mesti kena tarik diri..kadang asben aku tdo ngan wafi kat hall,
tak pun aku ngan wafi tdo kat bilik ayahnya tdo kat hall sensorang..kengkadang aku larik tdo bilik sebelah..tak tahan si wafi terjerit2 sempit..sakit tinge da.. Yang kelakar satu malam tu mmg panas giler.. Wafi dah mula terjerit2 sempit tapi takde sapa pun yang nak beralah..TUP TUP anak aku tu yang beralah ..sedar dia menyusur turun katil lari tdo kat sofa..aii kelakar plak ingat balik. Lepas ada adik , abang Wafi kena pindah bilikla gayanya..takkan nak menyempit lagi..

Kakak ngan Mak long aku pun dah selamat berpantang kat kampung.Sekarang tinggal aku jer..ni yang buat aku tak sabo nak deliver ni..tak sabar nak tatap anak comel ni nanti...YA ALLAH MOGA DIPERMUDAHKANLAH AKU BERSALIN NANTI.SEMPURNA HENDAKNYA..AMIN.
Kalau dia ccepat macam abangnya dulu means lagi 3 weeks to go..eii janganla baby yer,,,ibu tak beli abis lagi barang2 baby...5 weeks okla...(Boleh ker macam tu)heheh


Panjang la plak posting aku kali ni..dah macam wat karangan ..lebih 350 patah perkataan dah ni..

Sunday, April 12, 2009

Alhamdulillah Turn Mak Long Pulak

Ai pas satu-satu entry pasal bersalin ..baru jer bulan lepas update pasal Along bersalin..Ni nak update pasal Mak Long pulak..

Ahad petang
Dapat call dari Mak su yang mak Long dah selamat bersalin kat HUKM..Actually memang dah tertunggu-tunggu khabar berita dari mak long ni..yerla dah sarat benar..Aku nengok perutnya pun dah gerun...besau..Lama jugak tak jumpa even kitorang dok blok sebelah menyebelah jer tapi payah gak nak jumpa..selalu nya kalau nak bertembung pun kat pasar malamla..jumaat sebelum mak long bersalin tu aku ader jer bertembung ngan mak su..tapi dia sensorang jer, katanya mak long kat umah dah seminggu coti..agaknya dah tak larat la..

Kebetulan petang tu jugak mak memang on d way datang KL..Smuanya secara kebetulan. Tujuan asal nak jenguk Along sbb dia baru jer amik baby FATIN ZULAIKHA dari wad semalam..kekok katanya nak jaga anak kecit sangat..Ohh lupa nak bagitau berat baby zulaikha dah 2.00kg so dah boleh kuar WAD.Tak sangka plak MAa Long pun bersalin ari yang sama..

FATIN ZULAIKHA


Kasik zoom sikit. Tak sempat nak gomol2 ngan baby sbb abang Wafi tak sihat..


Hari yang sama jugak..Badan wafi dah mula lain macam..dah mula kurang makan + menyusu.Dah mula memerap+merengek.DAh lama si Wafi ni tak demam rasanya ader nak dekat setahun sampaikan aku pun dah kehabisan stok ubat2. Terpaksa mintak tolong Along antarkan Wafi g klinik.Memang perit waktu ni sebelum ni asik dengar gelak tawa dia tapi masa tu tak lekang suara tangisan dia, Sobb..sob.So bermula la episod mak aku terpaksa mengatur langkah ..kejap p umah Along, pastu g umah aku tengok si wafi sambil tu sempat dia ke spital tengok Mak long aku yang baru deliver..

Juraian airmata yang menyentuh naluri keibuanku..:(

Berbalik pada citer mak long tadi..Apapun aku ucapkan Tahniah pada mak long dan Ayie dengan kehadiran cahayamata lelaki yang selamat dilahirkan

Time : petang
Date : 12/4/09 (esok tu sebeday mak aku)
Location : PPUKM
Ceasarian : Baby Low Progress
Gender : Boy
weight : 2.62kg






Nama aku dah lupa da...yang pasti comel..nanti aku update gambo kat sini..gamba ader kat hp ngan camera...terkejar gak tangkap gambo ..baby ni cepat membesar..ni dah balik pantang dari kampung 4 sure ghope dah berubah...

Aku sempat gak p melawat kat spital..kebetulan masa tu aku dah start coti pesal wafi demam...Terpaksa amik coti coz wafi nak kat aku jer...Masa ni aku tak tau lagi yang wafi dah kena HFMD..Nanti aku citerkan pada next entry

Selamat Datang