Tuesday, December 29, 2009

My Happy Family

Macam main kad plak bunyiye. Permainan masa tecit-tecit dulu..ahakks



Dah makin besar plak keluargaku ini. Dari hidup

-->sorang jadi berdua

-->Berdua jadi bertiga

-->Bertiga kini berempat



Gambo ni amik masa kenduri anak buah..tingin dok kat pelamin heheh..Asben aku sakit mata tu yang dah jadik cam S. Jibeng lak

Monday, December 28, 2009

Sejak dah tere ABC

Mana2 pergi dok nyanyi ABC..takde langsung rasa malu...

Kalau ader jer tulisan mesti dia dok baca satu2..

Terharu gak tapi kadang2 aku plak sakit tinge...nak tengok tv pun tak leh...sbb sekarang ni dia obvious dengan huruf..nak mengeja.

psss..apa punya mak da..heheh

Sambungan kisah semalam

Memandangkan semalam aku cuma dapat 3 botol hasil torehan ku di opis, pagi tadi aku terpaksa menambah sessi pengepaman aku pada awal pagi..Lepas Iman menyusu pkl 3 pagi tadi aku terus bangun mengepam...Hasilnya cuma 4oz..huhuh..Takpelah daripada takde langsung. Ini bermakna dah bertambah 1 botol jadikan 4 botol.

Pagi tadi lepas subuh aku pam lagi..Selama 15 min aku cuma dapat 3 oz..Sangat sedih.Susu tu jugak aku antar ke rumah baby sitter...Tabahkan lah hatiku.. hari ni hari pertama aku minum nursing tea yang aku beli bulan lepas. Sebelum ni tak pernah guna lagi dan aku pun tak tau keberkesanannya pada badan aku.Hopefully arini hasilku ada peningkatan.

Kerapkan mengepam?
Sedih..Sedih dengan persekitaran tempat keje aku yang tak mesra alam ni..Mana taknya ada gak sampai kat tinge aku ni kata aku suka 'mengular' time keje.huh..Ada plak sora yang soh aku kurangkan sessi mengepam kat opis..Selama ni pun aku pam 2 kali je derang dah jeling2..jadikan sekali..Aku tak rasa kalau aku pam sekali jer kat opis diorang leh diam macam tu jer..Kalau boleh tak yah pam langsung..Aku tak marah tapi aku rasa sedih sangat.Kenapa aku tak amik tau pasal orang, tapi orang nak tau pasal aku.Aku buat keje .Memang nampak sangat aku selalu takde kat tempat tapi ditegaskan aku buat keje..Kalau aku banyak keje pun aku wat sensorang.Tak kacau keje orang lain. Kalau tak siap aku rela balik lambat.Sehingga kini aku takde claim OT lagi k.Aku keje ikhlas walaupun dari segi luaran nampak macam aku tak wat keje.
Kalau :-
Kalau aku tak pam, B aku bengkak2 sampai MC - Lagi susah
Kalau aku tak pam sapa yang nak bagi susu kat anak aku -Aku jugak yang susah sbb anak aku hanya minum susu aku sahaja.
Kalau aku bagi formula kat anak aku korang ker nak bagi duit kat aku bulan2 untuk beli susu - Semestinya tidak
As a conclusion- Jangan kisah pasal aku
(Ter'emo' la plak)
Aku tak pahamla...
updated :
Aku baru pas pam tadi ..hasilnya kurang memberangsangkan..Cuma dapat 5oz...huhu cemana aku nak bekalkan at least 5 botol untuk Iman esok. Buat masa ni aku cuma ada 1 botol..
Nak nangis pun ader.
Apa yang patut aku buat.....nursing tea ni macam tak serasi je dengan aku..Asal period mesti jadi cenggini...Oh tidak...
Akhirnya aku terpaksa mencurik 2 stok frozen untuk esok...sedihnyerrrrrr memandangkan petang ni aku hanya dapat 5oz sahaja.

Aduhai

Baru lepas call 'mama' tanya kan keadaan Iman.
Arini aku cuma antar 3 botol susu je dengan 2 tupperware (cupcake) nasik dengan biskut. 'Mama' cakap Iman mengamuk2 arini...huhuhu..Tak cukup susu. Nasik tak mo makan padahal kat umah semalam elok jer semangkuk dia abiskan.

Ni semua salah ibu...Ibu tak sempat nak mengepam..Weekend tdo kat umah kakak ipar kat Ampang.Aku bagi direct jer masa cuti.Susu aku plak selalu bila pam pagi2 dapatla 2 botol tapi kali ni cuma satu botol jer.Mungkin sbb aku nak period.Yelah aku dapat pam pun lepas susukan Iman..Berapa sangatlah balance yang tinggal.yang aku perasan selalu lepas susukan Iman kalau pam dapatla dalam 3oz untuk sebelah B.Kali ni 1/2 oz jer tu pun lepas 15min.
B sebelah kiri tak yah cakapla outputnya mmg kurang memberangsangkan..antara 1-2 oz saja..
Iman lak lately berkepit jer..mmg tak sempat aku nak mengepam..lepas abis sebelah , sebelah lagi ..Akibatnya arini la..
Harini plak...huhu pagi tadi cuma dapat 4oz dah pun selamat hantar kat baby sitter..tengahari tadi cuma dapat 6oz. petang ni harap2 banyakla sikit...tapi kalau ada pun maybe baru dapat 3 botol saje... :(
Gayanya malam ni aku kena bangun malam untuk tambahkan sessi mengepam, kalau tak mana cukup untuk aku antar kat umah bs esok...
Ya Allah bantulah hambamu ini.....



Sunday, December 27, 2009

Gaya Seorang Abang

Lately Abang Wafi makin rapat dengan Iman. Kalau tak tanya pun dia akan bagitau 'Wafi cayang Iman'. Tula perkataan yang selalu kuar dari mulut dia. Dalam lif kalau ada orang usik2 adik dia. Tak payah tanya adik nama apa pun dia sendiri akan bagitau 'Ni Jara nur Iman' (pronounciation tak betol lagi) Dah banyak yang dia boleh bantu..


1) Kalau adik berak, diala rajin merepot..Adik 'lak la ibu' ..nah pampers. Dan diala yang volunteer pegang paip getah bila aku nak basuhkan ponggong Iman

2) Dah boleh diharap jaga adik time aku mandi, masak, etc.

3) Semenjak dua menjak dah tere baca ABC..aku dok perati sambil dia main dengan Iman mesti dia dok ajar ABC tak pun nyani ABC.kadang2 dia bacakan buku cerita untuk Iman.Iman pun macam sker jer.Aku lagi sker :). Walaupun tak banyak yang dia bantu..

Tengok..ginila gaya kalau main dengan adik..kadang aku lak letih tgk derang ni gelak2


Soh adik tdo


Wafi dah makin petah cakap wpun bunyi pelat tu ader gak sikit.Maybe kalau orang tak biasa kurang arif apa yang dibebelnya.Tapi ayat2 nya power sampai aku tergamam bila 1st time aku dengar dia cakap :-

1)Lepas aku solat dalam bilik terbuka.. Iman menangis mintak soh amik.Wafi tengah main dekat Iman .Lepas salam

Aku : Iman, kejap yer..

Wafi : Ibu, baca doa dulu baru cakap

Aku : terkedu


2)Aku main main acan2 dengan Iman.Wafi dok sebelah..Pastu aku letak (baringkan)pastu Iman nangis.

Wafi : Ibu, letak kuat2 nanti adik cakit pale.camni (sambil buat gaya letak pelan2)
Aku : Aii anak aku sorang ni...

3)Ayah Wafi batuk..

Wafi : Ayah,batuk tutup mulut la
Ayah Wafi : hehehehe

Aku : Malu da anak tego



Thursday, December 17, 2009

Iman - 6 bulan


Iman dah 6 bulan

Anak ibu dah pandai
--> Menerap n sekarang gaya macam dah nak merangkak dah angkat badan tapi statik jer..so nampak asik menyondol jela
--> Tak tau berat sekarang dah berapa..Last timbang masa 5 bulan dah 7.5kg
--> Tak Mo makan, ni yang buat ibu susah hati
--> Masih lagi fully bf..Alhamdulillah - Moga hasrat ibu nak susukan Iman sampai 2 taun tercapai
--> Mulut teramatlah becoknya
--> Suka senyum macam abangnya
--> Makin tere menggulingkan badannya

Besday wafi

<

Celebrate besday Wafi yang ke - 3. Buat lambat ingatkan tak jadik tapi alhamdullillah jadi jugak walaupun kecik jer..Wafi tak abis2 kata nak potong kek. Tak sampai hati aku tak tunaikan. Tersipu2 dapat potong kek..


Berebut nak potomg kek..Besday sapa sebenarnya ni


Besday boy pakai baju buruk jer. Ibu soh salin baju cantik2 takmo..Geram Ibu.sukahatila


Kek Simple jer..


Antara menu aritu..Simple gak..

1) Bihun sup
2) Bihun singapore request by ayah Wafi
3) Nasik Impit + kuah kacang
4) Nugget+sosej
5) Keropok
6) Buah-Buahan
7) kopok, cekelat secukup rasa
8) Fruit koktel -resepi kak Leha









Walaupun kecik meriah sebab semua ader..tak jemput ramai pun..kaum keluarga , pengasuh n family,kawan2 Wafi, jiran sebelah menyebelah


Ibu tak bagi hadiah pun sian opie


Wednesday, December 16, 2009

Wafi Dah boleh Nyanyi ABC...Ibu

Terharu?

Maybe perkembangan setiap anak2 berbeza.Ada yang cepat ada yang lambat..Mungkin bagi orang lain benda ni perkara biasa tapi bagi bagi aku , teramatlah terharu sekali..Alhamdulillah setiap perkembangannya depan mata aku sendiri..

Sebenarnya sebelum2 ni lagi aku dah nak nampak Wafi mmg berminat dengan buku. lagi satu suka bertanya..Tak putus2 soalan yang dia tanya kadang aku pun naik rimas (ni time tengok tvla ni-ibu yang baik la katakan..heheh).Antara soklan peberet

Wafi :Ibu ngok ( Sambil belek tshirt yang aku pakai)
Wafi : Apa ni ibu? ( tangan tunjuk abjad kat tshirt aku)
Ibu : Ni huruf 'P'

Tanya lagi

Wafi : Ni apa
Ibu : Ni 'E'
Wafi : oooooo

Itula soklan yang selalu dia tanya..abjad2 kat tshirt yang aku pakai..kadang aku jawab ikhlas (time aku free) tapi kalau aku tengah sibuk aku layan jugak tapi tak bagi tumpuan sangat..

Nak jadik citer, ada sekali aritu aku bawak dia beli burger..sambil menunggu tetiba si Wafi cakap
Wafi : 'R' la ibu
Ibu : Apa?... (cam pelik pesal tetiba sebut hurup 'R')
Banyak kali dia ulang sambil tu dia tunjuk dekat tulisan 'B.U.R.G.E.R..
Wafi : Ada dua la Ibu..

Aku terkedu...Wafi dah kenal huruf..Masa tu aku rasa nak peluk2 jer dia..Tak sangka apa ditanya sebelum ni dia take note. Start haritu, setiap soklan aku jawab dengan ikhlas.

So mmg dah nampak hasilnya ..sebelum ni aku rasa aku leh kasi A- untuk markah mengenal huruf . Sekarang aku leh kasi 'A'.Tapi Wafi tak pandai baca A-Z tanpa lihat (means dia kenal tapi tak hafal). Tapi semalam aku terharu sangat dia datang dekat aku.

Wafi : Ibu nyanyila (sambil pegang mainannya)

Aku pun nyanyi A-Z. sambil tangan aku tekan huruf. Aku nampak mulutnya terkumat kamit tapi tak berbunyi . Habis aku nyanyikan dia plak kata dia nak nyanyi jugak..Nyanyiannya sejibik macam aku nyanyikan..OMG anak ibu..dah abis dia cakap "Ibu , opie dah pandai nyanyila" sambil senyum simpul seolah dia sendiri pun terkejut..pastu diulang2 banyak kali..betul semuanya..HUHU anak ibu dah pandai...

Pastu terus dia soh tepon opah atuk kat kampung..dia nak nyanyikan ABC untuk opah atuk..syahdunya rasa bila dengar...huhuu

Ni ada aku rakamkan sikit..tapi tak clear sangat campo kelam kabut bunyinya sbb dia nak cepat abis coz nk tengok cemana sora dia kalau rakam..ekekek
Anak aku sorang ni.....ishh

Tuesday, December 8, 2009

Wafi Sakit Mata

Semoga Harith Cepat Sembuh

Tadi baru lepas melawat adik sedara.

Aduhai mmg sayunya hati ni nak nak plak time dia nangis..Sebak weh..

Aku yang bukan mak dia pun sedey nikan plak mak dia.. tak hairanla kalau mak dia pun boleh pengsan time cenggini..



Nanti akaku citerkan kemudian..Tragis skali

Apapun Semoga Harith cepat sembuh yer sayang



Selamat Datang