Tuesday, December 29, 2009

My Happy Family

Macam main kad plak bunyiye. Permainan masa tecit-tecit dulu..ahakks



Dah makin besar plak keluargaku ini. Dari hidup

-->sorang jadi berdua

-->Berdua jadi bertiga

-->Bertiga kini berempat



Gambo ni amik masa kenduri anak buah..tingin dok kat pelamin heheh..Asben aku sakit mata tu yang dah jadik cam S. Jibeng lak

Monday, December 28, 2009

Sejak dah tere ABC

Mana2 pergi dok nyanyi ABC..takde langsung rasa malu...

Kalau ader jer tulisan mesti dia dok baca satu2..

Terharu gak tapi kadang2 aku plak sakit tinge...nak tengok tv pun tak leh...sbb sekarang ni dia obvious dengan huruf..nak mengeja.

psss..apa punya mak da..heheh

Sambungan kisah semalam

Memandangkan semalam aku cuma dapat 3 botol hasil torehan ku di opis, pagi tadi aku terpaksa menambah sessi pengepaman aku pada awal pagi..Lepas Iman menyusu pkl 3 pagi tadi aku terus bangun mengepam...Hasilnya cuma 4oz..huhuh..Takpelah daripada takde langsung. Ini bermakna dah bertambah 1 botol jadikan 4 botol.

Pagi tadi lepas subuh aku pam lagi..Selama 15 min aku cuma dapat 3 oz..Sangat sedih.Susu tu jugak aku antar ke rumah baby sitter...Tabahkan lah hatiku.. hari ni hari pertama aku minum nursing tea yang aku beli bulan lepas. Sebelum ni tak pernah guna lagi dan aku pun tak tau keberkesanannya pada badan aku.Hopefully arini hasilku ada peningkatan.

Kerapkan mengepam?
Sedih..Sedih dengan persekitaran tempat keje aku yang tak mesra alam ni..Mana taknya ada gak sampai kat tinge aku ni kata aku suka 'mengular' time keje.huh..Ada plak sora yang soh aku kurangkan sessi mengepam kat opis..Selama ni pun aku pam 2 kali je derang dah jeling2..jadikan sekali..Aku tak rasa kalau aku pam sekali jer kat opis diorang leh diam macam tu jer..Kalau boleh tak yah pam langsung..Aku tak marah tapi aku rasa sedih sangat.Kenapa aku tak amik tau pasal orang, tapi orang nak tau pasal aku.Aku buat keje .Memang nampak sangat aku selalu takde kat tempat tapi ditegaskan aku buat keje..Kalau aku banyak keje pun aku wat sensorang.Tak kacau keje orang lain. Kalau tak siap aku rela balik lambat.Sehingga kini aku takde claim OT lagi k.Aku keje ikhlas walaupun dari segi luaran nampak macam aku tak wat keje.
Kalau :-
Kalau aku tak pam, B aku bengkak2 sampai MC - Lagi susah
Kalau aku tak pam sapa yang nak bagi susu kat anak aku -Aku jugak yang susah sbb anak aku hanya minum susu aku sahaja.
Kalau aku bagi formula kat anak aku korang ker nak bagi duit kat aku bulan2 untuk beli susu - Semestinya tidak
As a conclusion- Jangan kisah pasal aku
(Ter'emo' la plak)
Aku tak pahamla...
updated :
Aku baru pas pam tadi ..hasilnya kurang memberangsangkan..Cuma dapat 5oz...huhu cemana aku nak bekalkan at least 5 botol untuk Iman esok. Buat masa ni aku cuma ada 1 botol..
Nak nangis pun ader.
Apa yang patut aku buat.....nursing tea ni macam tak serasi je dengan aku..Asal period mesti jadi cenggini...Oh tidak...
Akhirnya aku terpaksa mencurik 2 stok frozen untuk esok...sedihnyerrrrrr memandangkan petang ni aku hanya dapat 5oz sahaja.

Aduhai

Baru lepas call 'mama' tanya kan keadaan Iman.
Arini aku cuma antar 3 botol susu je dengan 2 tupperware (cupcake) nasik dengan biskut. 'Mama' cakap Iman mengamuk2 arini...huhuhu..Tak cukup susu. Nasik tak mo makan padahal kat umah semalam elok jer semangkuk dia abiskan.

Ni semua salah ibu...Ibu tak sempat nak mengepam..Weekend tdo kat umah kakak ipar kat Ampang.Aku bagi direct jer masa cuti.Susu aku plak selalu bila pam pagi2 dapatla 2 botol tapi kali ni cuma satu botol jer.Mungkin sbb aku nak period.Yelah aku dapat pam pun lepas susukan Iman..Berapa sangatlah balance yang tinggal.yang aku perasan selalu lepas susukan Iman kalau pam dapatla dalam 3oz untuk sebelah B.Kali ni 1/2 oz jer tu pun lepas 15min.
B sebelah kiri tak yah cakapla outputnya mmg kurang memberangsangkan..antara 1-2 oz saja..
Iman lak lately berkepit jer..mmg tak sempat aku nak mengepam..lepas abis sebelah , sebelah lagi ..Akibatnya arini la..
Harini plak...huhu pagi tadi cuma dapat 4oz dah pun selamat hantar kat baby sitter..tengahari tadi cuma dapat 6oz. petang ni harap2 banyakla sikit...tapi kalau ada pun maybe baru dapat 3 botol saje... :(
Gayanya malam ni aku kena bangun malam untuk tambahkan sessi mengepam, kalau tak mana cukup untuk aku antar kat umah bs esok...
Ya Allah bantulah hambamu ini.....



Sunday, December 27, 2009

Gaya Seorang Abang

Lately Abang Wafi makin rapat dengan Iman. Kalau tak tanya pun dia akan bagitau 'Wafi cayang Iman'. Tula perkataan yang selalu kuar dari mulut dia. Dalam lif kalau ada orang usik2 adik dia. Tak payah tanya adik nama apa pun dia sendiri akan bagitau 'Ni Jara nur Iman' (pronounciation tak betol lagi) Dah banyak yang dia boleh bantu..


1) Kalau adik berak, diala rajin merepot..Adik 'lak la ibu' ..nah pampers. Dan diala yang volunteer pegang paip getah bila aku nak basuhkan ponggong Iman

2) Dah boleh diharap jaga adik time aku mandi, masak, etc.

3) Semenjak dua menjak dah tere baca ABC..aku dok perati sambil dia main dengan Iman mesti dia dok ajar ABC tak pun nyani ABC.kadang2 dia bacakan buku cerita untuk Iman.Iman pun macam sker jer.Aku lagi sker :). Walaupun tak banyak yang dia bantu..

Tengok..ginila gaya kalau main dengan adik..kadang aku lak letih tgk derang ni gelak2


Soh adik tdo


Wafi dah makin petah cakap wpun bunyi pelat tu ader gak sikit.Maybe kalau orang tak biasa kurang arif apa yang dibebelnya.Tapi ayat2 nya power sampai aku tergamam bila 1st time aku dengar dia cakap :-

1)Lepas aku solat dalam bilik terbuka.. Iman menangis mintak soh amik.Wafi tengah main dekat Iman .Lepas salam

Aku : Iman, kejap yer..

Wafi : Ibu, baca doa dulu baru cakap

Aku : terkedu


2)Aku main main acan2 dengan Iman.Wafi dok sebelah..Pastu aku letak (baringkan)pastu Iman nangis.

Wafi : Ibu, letak kuat2 nanti adik cakit pale.camni (sambil buat gaya letak pelan2)
Aku : Aii anak aku sorang ni...

3)Ayah Wafi batuk..

Wafi : Ayah,batuk tutup mulut la
Ayah Wafi : hehehehe

Aku : Malu da anak tego



Thursday, December 17, 2009

Iman - 6 bulan


Iman dah 6 bulan

Anak ibu dah pandai
--> Menerap n sekarang gaya macam dah nak merangkak dah angkat badan tapi statik jer..so nampak asik menyondol jela
--> Tak tau berat sekarang dah berapa..Last timbang masa 5 bulan dah 7.5kg
--> Tak Mo makan, ni yang buat ibu susah hati
--> Masih lagi fully bf..Alhamdulillah - Moga hasrat ibu nak susukan Iman sampai 2 taun tercapai
--> Mulut teramatlah becoknya
--> Suka senyum macam abangnya
--> Makin tere menggulingkan badannya

Besday wafi

<

Celebrate besday Wafi yang ke - 3. Buat lambat ingatkan tak jadik tapi alhamdullillah jadi jugak walaupun kecik jer..Wafi tak abis2 kata nak potong kek. Tak sampai hati aku tak tunaikan. Tersipu2 dapat potong kek..


Berebut nak potomg kek..Besday sapa sebenarnya ni


Besday boy pakai baju buruk jer. Ibu soh salin baju cantik2 takmo..Geram Ibu.sukahatila


Kek Simple jer..


Antara menu aritu..Simple gak..

1) Bihun sup
2) Bihun singapore request by ayah Wafi
3) Nasik Impit + kuah kacang
4) Nugget+sosej
5) Keropok
6) Buah-Buahan
7) kopok, cekelat secukup rasa
8) Fruit koktel -resepi kak Leha









Walaupun kecik meriah sebab semua ader..tak jemput ramai pun..kaum keluarga , pengasuh n family,kawan2 Wafi, jiran sebelah menyebelah


Ibu tak bagi hadiah pun sian opie


Wednesday, December 16, 2009

Wafi Dah boleh Nyanyi ABC...Ibu

Terharu?

Maybe perkembangan setiap anak2 berbeza.Ada yang cepat ada yang lambat..Mungkin bagi orang lain benda ni perkara biasa tapi bagi bagi aku , teramatlah terharu sekali..Alhamdulillah setiap perkembangannya depan mata aku sendiri..

Sebenarnya sebelum2 ni lagi aku dah nak nampak Wafi mmg berminat dengan buku. lagi satu suka bertanya..Tak putus2 soalan yang dia tanya kadang aku pun naik rimas (ni time tengok tvla ni-ibu yang baik la katakan..heheh).Antara soklan peberet

Wafi :Ibu ngok ( Sambil belek tshirt yang aku pakai)
Wafi : Apa ni ibu? ( tangan tunjuk abjad kat tshirt aku)
Ibu : Ni huruf 'P'

Tanya lagi

Wafi : Ni apa
Ibu : Ni 'E'
Wafi : oooooo

Itula soklan yang selalu dia tanya..abjad2 kat tshirt yang aku pakai..kadang aku jawab ikhlas (time aku free) tapi kalau aku tengah sibuk aku layan jugak tapi tak bagi tumpuan sangat..

Nak jadik citer, ada sekali aritu aku bawak dia beli burger..sambil menunggu tetiba si Wafi cakap
Wafi : 'R' la ibu
Ibu : Apa?... (cam pelik pesal tetiba sebut hurup 'R')
Banyak kali dia ulang sambil tu dia tunjuk dekat tulisan 'B.U.R.G.E.R..
Wafi : Ada dua la Ibu..

Aku terkedu...Wafi dah kenal huruf..Masa tu aku rasa nak peluk2 jer dia..Tak sangka apa ditanya sebelum ni dia take note. Start haritu, setiap soklan aku jawab dengan ikhlas.

So mmg dah nampak hasilnya ..sebelum ni aku rasa aku leh kasi A- untuk markah mengenal huruf . Sekarang aku leh kasi 'A'.Tapi Wafi tak pandai baca A-Z tanpa lihat (means dia kenal tapi tak hafal). Tapi semalam aku terharu sangat dia datang dekat aku.

Wafi : Ibu nyanyila (sambil pegang mainannya)

Aku pun nyanyi A-Z. sambil tangan aku tekan huruf. Aku nampak mulutnya terkumat kamit tapi tak berbunyi . Habis aku nyanyikan dia plak kata dia nak nyanyi jugak..Nyanyiannya sejibik macam aku nyanyikan..OMG anak ibu..dah abis dia cakap "Ibu , opie dah pandai nyanyila" sambil senyum simpul seolah dia sendiri pun terkejut..pastu diulang2 banyak kali..betul semuanya..HUHU anak ibu dah pandai...

Pastu terus dia soh tepon opah atuk kat kampung..dia nak nyanyikan ABC untuk opah atuk..syahdunya rasa bila dengar...huhuu

Ni ada aku rakamkan sikit..tapi tak clear sangat campo kelam kabut bunyinya sbb dia nak cepat abis coz nk tengok cemana sora dia kalau rakam..ekekek
Anak aku sorang ni.....ishh

Tuesday, December 8, 2009

Wafi Sakit Mata

Semoga Harith Cepat Sembuh

Tadi baru lepas melawat adik sedara.

Aduhai mmg sayunya hati ni nak nak plak time dia nangis..Sebak weh..

Aku yang bukan mak dia pun sedey nikan plak mak dia.. tak hairanla kalau mak dia pun boleh pengsan time cenggini..



Nanti akaku citerkan kemudian..Tragis skali

Apapun Semoga Harith cepat sembuh yer sayang



Tuesday, November 24, 2009

Penangan Fire Drill

Akibatnya arini aku jalan terhenjut-henjut. Mana taknya turun tangga tingkat 32 sampai LG..
Taun2 sudah penah gak rasa tapi masa tu aku kat tingkat 17.Itupun dah keto2 kaki nikan plak tingkat 32. Ditambah plak saiz badan aku yang gebu2 ni .

Kalau ikut hati nak mc jer tapi kenangkan kalau semua orang pk cam aku alamatnya tiap kali lepas fire drill , Mnara TM ni sunyi sepi..Ate semuanya MC..tak gitu..heheh

Tapi mmg sakit btulla kaki aku arini.Semalam bleh lagi rilek2.Tak rasa apa2 pun..Tapi pagi tadi bangun pagi sakit giler..azab..

Dahla pagi ni aku naik train..Jalan cam siput dah rasanya. Kena hantar budak berdua kat umah BS lagi..Dahla different blok..Nak nangis jer rasa dengan belakang kendong beg BP kesayangan aku + coller beg (aku guna spectra 2 yang saiznya bleh tahan besonyer). Depan plak dukung my doter yang beratnya almost 8kg..tu tak masuk lagi hbag yang dikepit kat tiak..Bercinta nak sampai umah BS. nasib baik beg baju derang si wafi yang kendongkan( mood baik). Time kasih Wafi.

Tu satu hal, dari umah aku ke stesen LRT mmg kaya dengan tangga..Aduhhh rasa nak terduduk rasanya..Jalan ala2 siput lambat la nak sampai aku tak tahan sangat tepon akak opismate bagitau sampai lambat..Sbb aku tak larat nak jalan laju2..Dah alang lambat, lambat terus jerla..Dahla dalam trainjangan harap dapat duduk nak nak plak nak kena tukar naik putra plak..

Sampai opis dah pukul 9.00..hehe nak wat cemana..KAKI AKU SAKIT

Monday, November 23, 2009

Hasil Rembatan

Ada jualan dekat bawah ..

So aku telah menghabiskan duit aku dengan membeli
1) Icepack --> Untuk gantikan icepack aku yang dah luka2 akibat keganasan gue
2) Nursing Tea --> Untuk increasekan production susu aku (aku tak tau tahap keberkesanan benda alah ni..Sekadar untuk mencuba)

Gambar nanti aku upload kemudian

Aku Strees

Kenapala hari ni banyak tul dugaan...aku stress....Stress smalam tak abis lagi tambah lagi utk hari ni..

Lately produce susu aku merudum sangat2...weekend nak dapat 2oz pun bercinta..Kadang aku saja buat tak tau tapi masalahnya tak boleh.. :(

BP aku plak buat hal..huhu disaat aku amat perlukan bantuan BP untuk aku increasekan pengeluaran susu aku..Suck amat perlahan sekali...Bayangkan macamana aku nak bekalkan stok untuk Iman . Kenapa mesti sekarang..Sucking dia jap ok jap tak ok...Semalam nasib baikla dapat la jugak sikit daripada takde langsungkan..untuk 2 sessi aku berjaya dapat 12oz..Petang BP aku jadi weng balik so hasil perahan utk sessi ketiga cuma dapat 2 oz..Padahal aku kena bekalkan sekurang2nya 5 botol berisi 4 oz...huhuhu

Pagi-pagi tadi sebelum subuh aku start dengan projek aku ..BP masih lagi tak ok ..hasil perahan cuma dapat 2oz...Rasa nak nangis jer..Aku terus g mandi smayang besiap bagai..Terus aku amik Iman ..susukan Iman sampai kenyang..Iman lak nyusu sambil ngantuk2...sebelah B jer dia minum. tak kisahlah at least adalah rangsangan pagi ni..

Arini aku naik train..Asben aku malas nak hantar katanya...Aku malas nak bising2 sbb aku pun tengah stresskan..Aku tinggalkan jer Iman dengan Wafi kat ayahnya..Aku berharap pandai2lah dia uruskan anak2 ( Sapa soh taknak antar aku..ngeh..ngeh).. Sampai opis terus aku tepon si Zu . Nak pinjam BP..Nasib baik dia memahami.Aku betul2 terdesak.Zu ni dah banyak sangat bantu aku.Diala yang banyak tunjuk ajar ilmu2 BF ni. Aku rasa kalau takde dia aku tak rasa aku mampu Bf sampi sekarang....Terima kasih bangat. Then aku call Histopoint ( nak servis BP aku). Nasib baik dia leh datang amik dan bagi pinjam diorang punya sementara aku punya BP tengah serbis.

Eh sebelum tu, aku call BS ..katanya wafi dan Iman dah sampai tapi susu Iman nyer mana? OMG!kenapa aku harus diuji begini..Asben aku leh kata carik susu tak jumpa(ni kes malas nak tunduk la ni)..terus g keje..Dia bleh cakap pandai2la aku nak handle..On the spot air mata aku leleh(sedey weh..luahan perasaan la plak). Jenuh aku pk..baru tingat maksu..so mintak tolong anak BS ambik kunci pada maksu then ambil susu aku kat umah aku..

Aku msg kat bos..aku terpaksa balik awal arini coz susu yang aku bekalkan utk hari ni limited..sbb? pam aku wat hal dan aku tak dpat cukupkan bekalan utk Iman utk hari ini.Nasib baik bos memahami.

Baru nak mula..Ader fire drill la plak..huh..aku baru nak increasekan sessi pumping aku..dugaan betul..Berpeluh gakla kena turun dari level 32 sampi -1(keto2 lutut).. Akhirnya pkl 11.30 baru aku berjaya mengepamkan B bagi 1st session.. :(

Budak despatch Histopoint dah datang amik BP aku..harapnyer boleh siap cepat..Sesungguhnya aku amat memerlukan BP..Aku sayangkan BP aku kerna dia dah banyak berjasa utk aku..

Huhu mana ader oghang larat taip citer panjang2 cenggini..tak kisahla ni blog aku..nama pun cerita hatiku kan. Lepas aku taip ni aku rasa strees aku dah kurang sikit..Dan aku berharap akan terus berkurangan coz pas ni aku nak start mengepam..seharusnya emosi aku kena stabil..

Thursday, November 19, 2009

Signal Kuning

Alhamdulillah dah selamat sessi kedua aku mengepam di opis dan sessi ketiga utk hari ini..hasilnya?huhu 5 oz ..sedeynyer..

Entahla dalam this week hasil torehan ku tak memberangsangkan( harapnya tak berlarutan..Ya Allah kuatkan lah semangatku)..dan yang paling sedih setelah sekian lama Iman tak disogok dengan formula akhirnya smalam dia terpaksa minum gak formula yang aku bekalkan pada "mama"..Aku dah agak sbb smalam aku cuma bekalkan 4 botol sahaja + 1botol yang aku pam
pagi2 pas subuh memandangkan stok utk aritu tak cukup..Masa asben aku bagitau yang petang iman minum formula, rasa sedih sangat...Actually Iman dah lama tolak formula agaknya dia dah lapa sangat aku plak balik lambat..Aku tengok ada bal susu Iman dalam beg ader lagi 2oz means dia cuma minum 2oz formula yang 'mama' bancuh, sampai aku terus susukan Iman..Maafkan Ibu ye sayang.Kalau ikutkan aku ada spare susu frozen kat umah aku..ada 2 botol ...aku ada pesan pada'mama' kalau tak cukup susu, emergency leh amik kat umah 'Along'. Agaknya dia tak sempat..Ye aku paham..

Kenapa jadi macam ni...Sbb cik P nak datang ker, penah aku baca Cik P ni mempengaruhi jugak..tapi tak bagi semua orang..Kalau yela sbb cik P , cepatla datang cepatlah habis..aku tak sanggup lagi macam ni..Aku dah start peyot masa umur Iman 3 bulan setengah..huhu cepatkan..Start dari tu jugak aku masih tak dapat ikut lagi rentak cik P aku..1 st time cik P datang lagi 3 hari nak sambut raya..means 17/9/2009..peyod kedua jadi weng plak 24/10/2009 ni bulan 11 tak tau lagi bila..arini dah 20hb...Kalau ikutkan recycle aku sblm ni 28 hari dan setiap bulan peyod aku regular sejak zaman bujang dulu hinggalah aku nak mengandungkan Iman.

Aku plak kenapa la lately malas sangat nak mengepam..Sbb aku dah kurang pam ker .Jadual pumping dah lari2 ... Apapun aku kena kuatkan semangat agar hasrat ku nak bf iman sehingga 2 taun berjaya...huhuhu fasa pertama pun tak lepas lagi ni...uhuhukkk.

Monday, October 12, 2009

Breast Feeding

Iman dah 4 bulan maknanya dah 4 bulan aku berjaya BF kan Iman..Alhamdulillah buat masa ni masih cukup lagi susu untuk Iman tapi masih panjang lagi perjalanan yang harus aku tempuhi...

Stok?
Masih miskin dengan stok.Setakat ini tuaian aku cuma 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setakat ini aku hanya ada 5 botol.Bekalan hari ini cuma untuk esok hari..

Kenapa tak buat stok dalam pantang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan aku tak dapat nak buat stok masa dalam pantang.Ramai yang advice buat stok masa dalam pantang lagi..Akceli aku ader jugak pam masa dalam pantang dulu tapi susu yang aku perah tu terus aku bagi pada anak aku..means aku pam untuk dia minum lepas aku pam...ekeke paham ke.

1) Sebabnya aku takleh nak BF Iman lama2 gara2 Si Wafi masa tu yang terlalu banyak kerenah..So masa aku melayan Si Wafi mak aku la yang akan susukan Iman dari hasil perahan aku..
2) Peti ais rosak- susu tak mo beku...Ni sbb yang paling utama..Susu yang aku perah rotate dalam masa 3 hari jer..
3) Tak tahan dugaan masa pantang- Iman nangis memalam aku tak larat, mak pun datang bawak susu yang aku perah sebelumnya..Aku tdo mak amik turn jaga Iman...Kesian dekat mak...semua harapkan mak..mak tak penah mengeluh padahal aku ni asyik mengeluh jer padahal semua mak yang uruskan aku cuma jaga Iman jer....teruk kan aku..sobb.sobb..
4) Nipple crack- Aku gunakan stok susu yang ada.
Sekarang aku masih lagi tak buat stok..Stok cukup2 makan jer sebab nyer
--> peti ais aku problem...kalau buat low freezer tak beku..bila aku dah kuatkan lain plak jadiknya..Freezer aku dah penuh dengan salji..Ruang dah jadik makin sempit..
Kenapa la dulu aku tak terpk pasal ni..Kalau aku tau awal2 aritu lagi aku beli peti sejuk 2 pintu...Kan sekarang dah susah..huhu..Boleh ke nak trade in?
So ni adalah sbb utama sekarang aku malas nak buat stok..takde tempat nak letak..
Aduhh kenapa mesti ada perkataan MALAS ...
Aku tak leh malas.. keaadaan aku masih belum selesa. Sedangkan orang yang banyak stok pun kerap mengepam , aku ni lagi la sekangkang kera...huhuhu..(ehh boleh ke aku guna bidalan tu macam tak kena jer..ekekeke)
Sekarang jadual pumping aku dah berterabur ...sekejap pkl 6, kadang pkl 7 , kadang pkl 9 ..asik berubah2.Ni gara2 aku bangun lambatla. Selalunya aku akan pam sebelum pegi kerja dalam pkl 6 pagi..tapi kalau dah bangun lambat terpaksa la pam kat opis..Bila pam kat opis ada kerja mulala dah tukar2 waktunya ikut kesibukan aku ...
So pas ni aku kena betulkan balik jadual pengepaman aku yang dah haru biru..Riso plak aku ader baca dekat satu bolg ni kata kalau jadual pam kacau bilau boleh kurangkan susu...huhu tak nak la jadi macam tu..uhuhukk..
Ok la ..aku nak g pam dulu sebelum jadual pam aku terbabas lagi kali ni..

Open House - PUTRAJAYA

Sabtu
Ikut En Somi pergi open house..Bos lama dia (jadi driver YB sebulan jer) kat Putrajaya.Aku sebenarnyer tak ingat pun YB ni nama apa..hehehe...:) Umah dia pun aku tak ingat kat presint apa cuma yang aku ingat umah dia dekat dengan umah PM.

Sampai dalam jam 5 petang.Ramai gak masa tu..

Pergi konvoi dengan family kakak ipar aku a.k.a kakak en somi.Dia gerak dari Ampang kitorang lak dari Cheras.Jumpa kat Exit Putrajaya.

Datang terus amik sit..Makanan semuanya sedap2 belaka..Banyak gak menu..Aku plak lupa nak snap gambo..huhu..Biasala ingat makan je masa tu..

Aku tak pasti apa menu lagi waktu tu, aku cuma leh senaraikan menu yang aku makan..

-->Sate ayam+daging (Sate daging dia mmg mabeles berbanding sate ayam-selalu aku tak ske sangat mkn sate daging tapi yang kali ni bleh plak aku rembat sampai 6 cucuk..huhu banyak tu)

-->Laksa - Boleg tahan rasa dia

--> Kek coklat

--> Mee +koew tiaw Goreng - En somi je makan

--> kuih raya - yang derang amik kat meja aku almond londan, kuih siput dan entah apa jenis lagi aku pun tak kenal..heheh

--> Cendol - Kakak Ipar aku yang makan

--> Nasi Minyak - Abang Ipar aku makan

--> Ketupat lemang rendang- aku tak jamah pun tengok diorang la makan

--> buah2an - buahan tempatan tu

Aku rasa banyak lagi menu..aku pun tak berjalan memandangkan aku bgilir dengan en somi pegang Iman...Wafi..tak makan pun minum air jer..kenyang agaknya coz thari aku dah bagi makan kat siap bertambah lagi so aku tak heran sangat la dia tak mo makan.

Abis makan terus balik..Iman pun dah bagi signal.Aku plak tak bawak susu bagai.So bagi susu bergerak la..:) Sebelum terlupa layanan baik walau pun mereka ni golongan yang berkedudukan..

Balik kitorang singgah dekat tasik putrajaya kononnya nak solat skali ader opeh house lak kat situ segan lak..last kitorang solat kat R&R sri kembangan (Macam balik jauh jer bila benti kat R&R)

Ni masa baru sampai..Dr kiri anak buah aku Yana, Kakak Ipar aku-Kak Shida, Asben dia-Abg Nasir pluz dukung Iman, Mamat - Anak Bongsu Kak Shida, Abi, yang paling rendah tu my sweetheart - Si Wafi

Tengok sana ..cantik..

Bangunan apa ni..


Peace no War...Wafi ngan Mamat
Pesal Wafi cam malu2 ni...

Yana dan Abi....Yana ni tinggi orangnya..Tinggi mana2 dari aku..Tu baru Tingkatan 1..
Wafi dengan sepupu-sepupunya..Nasib baik aku tak ader skali kalau tak aku pun nampak macam baya2 diorang sbb aku rendah..ekekeke
Iman dengan cikdanya....Baik jer...

Thursday, October 8, 2009

Gambo Raya yang tak Semenggah




Iman

Iman


Anak ibu dah besar..Masa aku menaip ni Iman Baru masuk 4 bulan

Lahir -2.9kg
Checkup 1 bulan - 4.3 kg
Checkup 2 bulan - 5.1 kg
Checkup 3 bulan - Berat 6.5kg
Checkup 4 bulan ( semalam) - Berat 6.7kg

Tak kisahla berat berapa pun asalkan anak Ibu sihat.Dan sehingga sekarang aku masih lagi berjaya menyusukan Iman.Aku sentiasa berdoa dapat susukan Iman selama yang boleh.
Aku perasan badan dia macam dah susut sikit..Sebab malam dia dah kurang menyusu..Gara2 batuk selsema..Lemas agaknya..Moga anak Ibu cepat sembuh..Amin

Progress :
--> Suka sangat senyum..pantang nampak orang senyum jer
--> Dah keras kepala..
--> Dah mula berpusing-pusing+melonjak...dah tak boleh tinggal sorang2 atas katil
--> Tak pandai menerap lagi..boleh ngiring jer.. tapi yang kelakar kalau time nak menyusu sambil baring . Bila nampak jer ibu selak jer baju atomatik dia akan ngiringkan badan dia sambil senyum2..pandai anak ibu ni...
--> dah pandai takut makan ubat..masa sua jer shrink dia tutup mulut rapat2..kalau masuk dia akan juih keluar..huhu macam abang nyer jugak tapi ni budak tecit lagi sudah pandai..
--> Dah mula pandai pegang kaki..pegang tak per jangan isap k..lambat lagi nak dapat adik..hohooh

Iman tak nerap lagi tapi saja aku terapkan dia..dah terkial2 aku negok dia nak terbalikkan badan dia tapi tak lepas2.Sebenarnya elok jer tegap masa aku menerapkan dia..Tapi dah lama baru aku tingat nak snap gambo dia..tu yang nampak menyeget pale dia..dah lenguh gamaknyer..hehehe


Dah nak tumbang

Lega...
Tayang apa tu Iman

Wedding Cik Cikin

Akhirnya dapat jugak aku menghadirkan diri aku kat Majlis Perkahwinan cik cikin..Aku memang dah lama plan nak pegi wedding cik cikin ni selepas wedding adik seopis dengan ku si Zulia aku tak dapat pegi..Ni semua gara2 anak tak sihat..Yer lah kita cuma merancang tapi semua tu kuasa tuhan..

Mulanya memang dah tak jadik pegi pun, memandangkan kesihatan Iman yang tak mengizinkan. Puas jugakla pujuk en somi..Akhirnya dia bagi jugak..Sian agaknya kat aku..tu pun selepas dia pertimbangkan beberapa faktor antaranya buat kad dewan so takdela kena berpanas..Siap bersyarat lagi tak leh lama2. tak kisahla asalkan dapat pegi..Huhu ..

Terima kasih yer bang...Cik Cikin ni dah lama mengajak dari dia tak tunang lagi...lagipun kawan baik...

Iman, Iman budak baik ...tak banyak ragam masa kat sana, means Iman merestui ibu pegi Wedding kawan Ibu ..love you..:)

Cikin...sorryla aritu takleh nak dok lama2 sbb Iman tak berapa sihat..kalau tak mana pengantin berposing kat situla aku mengejoinkan diri..hehehe..

Ramai gak jumpa staff2 TM..cuma Pn Zulia + Pn Ana tak dapat gak nk jumpa..Cantik pasangan pengantin. Sama cantik..dedua comey jer..Pelamin n decoration kat dewan cantik sangat.. Layanan pun ok.gift pun ok..kiranya tak sia2 cik cikin plan awal2.Well prepared.Kuih bahulu tu memang sedap..So tak heranlah si Wafi belasah sampai 5 ketol..huhuu dia sorang jer yang bantai

Sebelum terlupa tu pada cik cikin..opss Puan cikin + En Jonid.

Selamat Pengantin Baru...Moga berbahagia ke akhir hayat...Amin

pssst..cikin cepat jemaah sama-sama dengan Zulia..rapat kan Sofffff..hehehe

Satu gambar jer yang sempat snap dengan pengantin

Gambar 3 beranak.. Anak Ibu dah bangun sebelum tu tdo jer..
Wafi ni spoil betul la...tayang lidah merah minum sirap ekk..hehhe
Tayang gigi plak....Gambo model yang sama post Wafi jer berubah.heheh
ni kad jemputan cik cikin

Kalau dah ader good news nanti jangan lupa war-warkan yer.. :)

Sunday, October 4, 2009

Aku Susah Hati

Hari ni aku datang kerja macam biasa. Last week aku terpaksa amik EL coz my doter tak sihat.Sampai opis pagi ni plak kat area kubikal aku kosong la plak. Huhu sunyi la plak takde member nak borak. Bukan apa aku ni kalau sunyi2 mula la susah hati. Dok tingat anak kat umah. Apa la kabo anak aku sekarang.......
"Iman cepat sembuh yer..Tak sabar tengok Iman ceria macam selalu. Ibu tau Iman susah nak bernafas..Minum susu pun dah kurang.. Ibu sayangkan Iman"
Aduh syahdu lak aku rasa..wawawawwaa
Ceritanya cengginni
Raya keempat ( Rabu)
Actually masa cuti raya aritu lagi Iman dah tak berapa sihat. Sepatutnya aku dah nak balik KL ari rabu lagi (minggu raya) tapi terpaksa delay sehari coz keadaan Iman yang tak mengizinkan. Dia dah mula selsema. Kat kampung ramai yang tak sihat so nak buat cemana antibodi tak kuat lagi tambah plak semuanya nak ciom2.Pagi rabu tu aku g klinik kat Gerik (aku ingat nak guna kad tapi boleh plak staff kat situ kata aku keje kat KL so kena bayar sbb jauh..huhu boleh plak macam tu)
Actually dr tak nak bagi ubat katanya masih baby tak boelh biasakan makan ubat, tapi bila check tekak dah merah dr terpaksa bagi antibiotik+demam. dia. Aku ni mmg cepat menggelabah, tambah time anak sakit aku takleh nak control emosi aku..cepat panik..Alhamdulillah esoknyer Iman dah beransur pulih...So weekend Iman dah macam biasa ceria macam selalu.Aku still continue antibiotik yg dr kasi.
Isnin
1st day hantar Iman kat umah "mama" lepas raya.Pagi tu dia ok jer..Tapi masa balik nampak dia dah start batuk tapi tak berapa teruk..
Selasa
Batuk...tapi tak berapa teruk..nak bawa klinik tapi baru sangat p klinik..ubat pun dah ader
Rabu
Batuk tak baik2 lagi tapi still agi akt..Tapi aku terpaksa gak antar umah pengasuh. Tapi aku dah pesan dengan Kak Zana kalau ader apa2 hal terus call aku kat opis..Dekat opis ader aku call tanyakan pasal Iman tapi katanya Iman ok cuma batuk tu ader lagi..masa tu aku dah mula riso.
Balik krja aku amik Iman dia dah tak berapa nak senyum..nampak tak larat..Kak Zana pun cakap Iman dah makin teruk..Sampai jer rumah aku letak Si Iman.Dia nangis. tak nak nak duduk..nak berdukung jer..Aku tengok napas dia dah lain macam perut pun dah berombak2. Aku panik terus call asben p klinik. Aku sempat gakla capai 2 keping pamper, napkin, baju 2 pasang..Dr check katanya Iman perlukan banyak oksigen, nadi pun dah lemah. Dr tak berani nak continue terus refer ke HUKM
HUKM
Terus pergi emergency..Ya Allah lupa plak nak bawak surat beranak ...So guna IC aku jerla..Then check segala bagai.. terus p amik neb..Nangis2 anak ibu..sian tapi nak buat cemana kalau tak lagi teruk sayang..Ramai gak yang tengah amik neb tu..Dalm ati aku riso gak yerla skarang kan heboh pasal HINI.dan semua kat situ semuanya perlukan neb sbb semput..Masa tu aku cuma dapat bdoa arap semuanya selamat..
Asben aku menunggu kat luar dengan si Wafi. Berdukung la aku Si Iman ke sana ke mari ikut dr.Penat tak yah cakapla..Lenguh berdukung sampai hari ni terasa lagi. Lepas amik neb dr check still lagi tak ok . Dr suruh tunggu lagi untuk amik gas utk kali kedua. Aku mintak permission dr untuk jumpa asben kat luar.. Aku tak sampai hati nak uruh diorang tunggu.Entah bila Si Iman boleh discharge. Makin lama makin ramai patient..Suasana dekat bilik kecemasan kelam kabut.
Iman dah nangis nak susu..kebetulan aritu aku tak pakai nursing bra..Siap pakai besi lagi..huhu punya la susah nak BF. dah la tak de tempat ..Nak tak nak terpaksa aku BF kat situ jugak..demi anak aku taerpaksa tebalkan muka..kakak kat situ pun pun soh bagi gak.Dahla dr yang incharge si Iman tu hensem giler babas (anak sakit pun sempat lagi aku ushar) nasib baik laki aku tak tau..heheh)
Jam 2.00 am
aku still lagi kat emergency room..waktu ni mmg aku dah ngantuk tapi aku gagahkan jugak. Masa ni dr decide nak amik darah Iman. Nak buat ujian darah coz Iman still continue antibiotik. Nak tau ader jangkitan kuman dalam darah atau tak..Sian Ibu tengok Iman menangis masa nurse datang nak amik darah..banyak jugakla..huhuu..
Dalam emergency room tu punya la sejuk ..Iman hanya berselimutkan napkin..aku yang banyak lemak pun rasa nak menggigil sejuk inikan plak Iman. So tak salah rasanya aku request selimut kat staff kat situ.. selalunya aku memang bekalkan kan towel dalam beg in case ader apa2 hal.nak jadi citer plak aku leh keluarkan ..Bila aku request bleh plak satff kat situ tanya sapa punya patient ni..huhu masa tu aku sedih sangat..Salah ker bagi dulu selimut ni tak suruh aku tunggu kat asthma room pastu blah macam tu jer.. Kot yer pon tak sian kat aku sian kan la baby aku ni..baru 3 bulan..Bila tanya sampai bila nak tunggu kata sorry kitorang banyak patient hari ni..aku tak kisah tunggu lagi tapi pleasela bagi selimut untuk anak aku ni..Masa tu aku Iman erat2. bagi haba badan aku hilangkan sejuk pada badan dia..huhu (rasa nak menitik airmata waktu tu) dalam 1/2 jam pastu dr datang bagitau result blood test.Alhamdulillah ok...dia kata leh discharge tapi kena amik ubat dulu.Berdukung si Iman p kaunter pembayaran+amik ubat kat farmasi..lenguh tangan ni berdukung..skali g kaunter cash takde huhu lagi arasa nak nagis..tak penah aku takde cash kat tangan..nak p atm mana nak carik pagi2 buta..nasib baik staff tu memahami dia print inv leh bayar dalam masa 14 hari..dengan tangan penuh beg berdukung iman pergi carik public phone nak balik..Memang menitik air mata aku masa ni..Dalam 15 min asben aku sampai..Aku mintak dia bayarkan bil..
4.00am
sampai umah.. Tapi tak terus tdo pun...dok usap2 si Iman..Iman Ibu sayangkan Iman

Sunday, September 13, 2009

Menggelabah

Rasanya aku tak pernah sentuh bab susu kat entry aku sebelum ni..So saja saja aku nak kongsi kat entry ni.

Alhamdulillah sehingga saat ni aku masih lagi mampu teruskan BF Iman dan aku sentiasa berdoa niat murni aku ni dapat diteruskan sehingga iman 2 taun walaupun aku tidak lagi Bf secara eksklusif..InsyaAllah.

Sebenarnya aku dah pasang niat ni sebelum aku bersalin lagi. Sejak aku mengandungkan Iman aku banyak membaca ilmu2 tentang BF ni. Aku tetap bersyukur walaupun aku tak dapat BF secara ekslusif tapi aku berjaya kurangkan menggunakan susu formula. Susu formula hanya sebagai topup.Kalau masa pantang dulu selalu jugak topup dengan formula sbb aku tak tahan dugaan-dugaan yang datang. Dugaan datang bertimpa2. Awal-awal penyusuan lagi aku dah di uji.Nipple aku luka+berdarah,bengkak susu sampai demam-demam, tahan kerenah anak sulong aku..hampir2 aku ilang semangat utk BF.

Syukur maybe rezeki iman utk minum susu ibu dia. Susu aku makin ari makin bertambah dan aku harap rezeki ini berterusan walaupun aku tau Susu ni ada pasang surutnya macam laut jugak..

Saja nak letak hasil perahan pada pagi..(aku pam lepas sahur)




Ni plak masa dekat opis..


Selalunya kat opis aku cuma pam 2kali jer..Sessi pertama pukul 11.00 dan sessi kedua petang pukul 3.00 petang.
Ni la hasilnya sessi pagi 8 oz (2 botol) + 5 oz (1 botol) sessi petang. Tapi rezeki aku bukannya sentiasa murah setiap hari. Kadang berkurang kadang lebih sikit tapi cukupla untuk habuan anak aku coz setiap hari aku bekalkan 5 botol 4oz. Stok ni pun sebenarnya cukup2 sampai petang kalau aku lambat balik haruslah 'mama' topupkan dengan formula (anak aku mmg kuat minum even da ni gegal).

Pesal tajuk entry aku MENGGELABAH?

to be continued..aku nak g solat dulu ..terleka layan blog ni..huhu







Bila Nak Raya...

Dah lama rasanya aku tak update..kalau ader pun letak gambo dulu..Entahla sibuk plak 2 3 menjak ni...

Ni pun kebetulan weekend aritu tangkap gambo anak teruna aku..Suka beno la kalau ajak bergambo..dia lak yang lebih..sepatutnya aku yang cakap senyum tapi terbalik, dia plak yang cakap senyummmm!!! tersengeh-sengehhh..Ish anak ibu sorang ni...:)


Melaram dengan seluar dan kasut baru..


Kesian, baju aku belum sempat nak belikan lagi..Sempat ke ni?..Raya tinggal baper ari jer lagi . Memang raya kali ni aku tak shopping sangat macam taun-taun lepas..Anak kecik susah nak bergerak. Seluar dengan kasut tu pun aku curik2 jer keluar.Pergi lepas balik kerja tapi aku dah mintak permission awal2 lagi kat "mama" si Wafi n Iman..Yelah kalau ikut masa kerja dah kira o/T.Nasib baik dia paham.
Masa suntuk sangat, so aku sempat rembat kasut dengan suar jer..tu pun en somi aku dah banyak kali bagi hint "tak rasa nak berbuka puasa ker, tadi kemain lagi sakit pale dalam keta, skali masa beli barang sihat plak" hehehe sorryla bang ,terpaksa kuatkan diri kalau tak takde la baju raya anak kita. ( yeker..ekekek). Aku pun sebenarnya tak perasan rupanya berejam jugak aku memilih baju tapi sampai sudah tak dapat..Bukan apa pening tengok baju banyak sangat, yang aku bkenan takde saiz plak..


Pandang sini la..


Suka benar anak teruna ni dapat kasut..Memang niat nak belikan dia kasut baru. Sandal dia dah kecik.So alang2 aku belikan la yang baru. Saja aku belikan ala2 sandal so pasni tak kisah dia nak belasah mana2 pegi pun boleh..Kasut sarung macam limited plak rasanya.




SenyumMMMM
Berminyak-minyak muka..

Ni keta si Wafi..

Pesal aku tangkap gambo ni? huhu sbb beria budak tecit tu soh tangkap gambo keta dia..

Tetiba plak sesat gambo baju ni yek..heheh ni plak baju raya anak gegal aku tu..Puas gak nak membeli baju budak sorang ni..Ader yang bkenan tapi huh dasat woo dia punya rege sampai tak sanggup aku nak membelinya..pk banyak kali.Bukan apa diorang ni cepat sangat membesar. Tambah anak aku tu leh tahan gak mok-mok dia.


Agak2 berapa saiz yang aku beli ni..untuk 12mth..kononnya kalau beli besar leh tahan lama. Skali balik test ngam2 jer badan dia..Dik kecik bam2 comey jer..dah besar tak cantik, nanti jadi cam ibu.hehehe (tapi ibu comelll...hehehe aduyai)

Wednesday, September 2, 2009

Abang oh Abang


Iman dah 2 bulan



Tuesday, September 1, 2009

Yeah..Ateh datang

Ari Sabtu lepas Ateh(mak sedara aku) datang..Lepas gak rindu. Bukan apa dah lama tak p umah dia. Bukan tak mo pegi tapi yerla aku kan baru jer balik berpantang..Last aku g umah dia pun masa tu aku pegnen 5 bulan tak silap.

So masa dia kat umah aku masa ni la aku lepaskan gian makan masakan dia..Ateh ni memang pandai masak, tambah kalau pekena masak lemak cili api dia..huhu berasap..Mau bertambah nasik 2 3 kali. Tapi sayang lupa lak nak snap gambo ..Aku rela turun naik p beli barang nak masak padahal kalau ikutkan aku ni kalau dah ada kat umah memang malas nak turun beli barang.

Antara menu berbuka (Sabtu)
1) Masak lemak Cili Api Ikan Keli ( ni aku yang request)
2) Sotong Masak Kicap ( asben aku yang request)
3) Kuih Lompat Tikam ( kalau kat kg aku panggil Som-som jer)
4) Mee goreng

Makan sampai terlupa kat Iman..Sorry Iman ibu kempunan sangat nak makan sampai lupa Kat Iman..Sian anak Ibu..(lupa yang aku ni BF)heheh.
Aku bukan apa selalu masak cincai2 jer(ari cuti)..tambah ada plak anak kecik..kalau ari keje beli juadah kat PARAM jer.. sian kat ex tunang aku.So bila dapat plak Ateh masak aritu aku pulun la...

Ahad
Along plak datang umah..nama jer kitorang dok umah dekat2 tapi jarang jumpa..Dulu aku ghajin gak p umah dia sambil2 amik Wafi..Tapi sekarang dah kurang sejak ada Iman..Kalau balik dari umah pengasuh terus balik umah.

Sempat gakla snap gambo derang berdua..Huhu besar gak anak aku Iman ni yer..Tapi memang tembam pun. Nampak sebaya jer diorang berdua padahal si Zulaikha ni dah 5bulan ++ , Iman plak baru nak masuk 3 bulan..

Muka kitorang sama tak??

Budaks sepet

Tuesday, August 25, 2009

Seronoknyer Abang dapat Adik




Selamat Datang