Monday, October 12, 2009

Breast Feeding

Iman dah 4 bulan maknanya dah 4 bulan aku berjaya BF kan Iman..Alhamdulillah buat masa ni masih cukup lagi susu untuk Iman tapi masih panjang lagi perjalanan yang harus aku tempuhi...

Stok?
Masih miskin dengan stok.Setakat ini tuaian aku cuma 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setakat ini aku hanya ada 5 botol.Bekalan hari ini cuma untuk esok hari..

Kenapa tak buat stok dalam pantang?
Ada banyak faktor yang menyebabkan aku tak dapat nak buat stok masa dalam pantang.Ramai yang advice buat stok masa dalam pantang lagi..Akceli aku ader jugak pam masa dalam pantang dulu tapi susu yang aku perah tu terus aku bagi pada anak aku..means aku pam untuk dia minum lepas aku pam...ekeke paham ke.

1) Sebabnya aku takleh nak BF Iman lama2 gara2 Si Wafi masa tu yang terlalu banyak kerenah..So masa aku melayan Si Wafi mak aku la yang akan susukan Iman dari hasil perahan aku..
2) Peti ais rosak- susu tak mo beku...Ni sbb yang paling utama..Susu yang aku perah rotate dalam masa 3 hari jer..
3) Tak tahan dugaan masa pantang- Iman nangis memalam aku tak larat, mak pun datang bawak susu yang aku perah sebelumnya..Aku tdo mak amik turn jaga Iman...Kesian dekat mak...semua harapkan mak..mak tak penah mengeluh padahal aku ni asyik mengeluh jer padahal semua mak yang uruskan aku cuma jaga Iman jer....teruk kan aku..sobb.sobb..
4) Nipple crack- Aku gunakan stok susu yang ada.
Sekarang aku masih lagi tak buat stok..Stok cukup2 makan jer sebab nyer
--> peti ais aku problem...kalau buat low freezer tak beku..bila aku dah kuatkan lain plak jadiknya..Freezer aku dah penuh dengan salji..Ruang dah jadik makin sempit..
Kenapa la dulu aku tak terpk pasal ni..Kalau aku tau awal2 aritu lagi aku beli peti sejuk 2 pintu...Kan sekarang dah susah..huhu..Boleh ke nak trade in?
So ni adalah sbb utama sekarang aku malas nak buat stok..takde tempat nak letak..
Aduhh kenapa mesti ada perkataan MALAS ...
Aku tak leh malas.. keaadaan aku masih belum selesa. Sedangkan orang yang banyak stok pun kerap mengepam , aku ni lagi la sekangkang kera...huhuhu..(ehh boleh ke aku guna bidalan tu macam tak kena jer..ekekeke)
Sekarang jadual pumping aku dah berterabur ...sekejap pkl 6, kadang pkl 7 , kadang pkl 9 ..asik berubah2.Ni gara2 aku bangun lambatla. Selalunya aku akan pam sebelum pegi kerja dalam pkl 6 pagi..tapi kalau dah bangun lambat terpaksa la pam kat opis..Bila pam kat opis ada kerja mulala dah tukar2 waktunya ikut kesibukan aku ...
So pas ni aku kena betulkan balik jadual pengepaman aku yang dah haru biru..Riso plak aku ader baca dekat satu bolg ni kata kalau jadual pam kacau bilau boleh kurangkan susu...huhu tak nak la jadi macam tu..uhuhukk..
Ok la ..aku nak g pam dulu sebelum jadual pam aku terbabas lagi kali ni..

0 comments:

Selamat Datang