Monday, December 28, 2009

Sambungan kisah semalam

Memandangkan semalam aku cuma dapat 3 botol hasil torehan ku di opis, pagi tadi aku terpaksa menambah sessi pengepaman aku pada awal pagi..Lepas Iman menyusu pkl 3 pagi tadi aku terus bangun mengepam...Hasilnya cuma 4oz..huhuh..Takpelah daripada takde langsung. Ini bermakna dah bertambah 1 botol jadikan 4 botol.

Pagi tadi lepas subuh aku pam lagi..Selama 15 min aku cuma dapat 3 oz..Sangat sedih.Susu tu jugak aku antar ke rumah baby sitter...Tabahkan lah hatiku.. hari ni hari pertama aku minum nursing tea yang aku beli bulan lepas. Sebelum ni tak pernah guna lagi dan aku pun tak tau keberkesanannya pada badan aku.Hopefully arini hasilku ada peningkatan.

Kerapkan mengepam?
Sedih..Sedih dengan persekitaran tempat keje aku yang tak mesra alam ni..Mana taknya ada gak sampai kat tinge aku ni kata aku suka 'mengular' time keje.huh..Ada plak sora yang soh aku kurangkan sessi mengepam kat opis..Selama ni pun aku pam 2 kali je derang dah jeling2..jadikan sekali..Aku tak rasa kalau aku pam sekali jer kat opis diorang leh diam macam tu jer..Kalau boleh tak yah pam langsung..Aku tak marah tapi aku rasa sedih sangat.Kenapa aku tak amik tau pasal orang, tapi orang nak tau pasal aku.Aku buat keje .Memang nampak sangat aku selalu takde kat tempat tapi ditegaskan aku buat keje..Kalau aku banyak keje pun aku wat sensorang.Tak kacau keje orang lain. Kalau tak siap aku rela balik lambat.Sehingga kini aku takde claim OT lagi k.Aku keje ikhlas walaupun dari segi luaran nampak macam aku tak wat keje.
Kalau :-
Kalau aku tak pam, B aku bengkak2 sampai MC - Lagi susah
Kalau aku tak pam sapa yang nak bagi susu kat anak aku -Aku jugak yang susah sbb anak aku hanya minum susu aku sahaja.
Kalau aku bagi formula kat anak aku korang ker nak bagi duit kat aku bulan2 untuk beli susu - Semestinya tidak
As a conclusion- Jangan kisah pasal aku
(Ter'emo' la plak)
Aku tak pahamla...
updated :
Aku baru pas pam tadi ..hasilnya kurang memberangsangkan..Cuma dapat 5oz...huhu cemana aku nak bekalkan at least 5 botol untuk Iman esok. Buat masa ni aku cuma ada 1 botol..
Nak nangis pun ader.
Apa yang patut aku buat.....nursing tea ni macam tak serasi je dengan aku..Asal period mesti jadi cenggini...Oh tidak...
Akhirnya aku terpaksa mencurik 2 stok frozen untuk esok...sedihnyerrrrrr memandangkan petang ni aku hanya dapat 5oz sahaja.

2 comments:

NuRuL DhiA said...

salam ct,

kuat kan semangat mu, jgn putus asa.
cuba ct wat jadual pam tuk sebelah mlm
kul 12, kul 3, kul 6...
ataupun lepas baby bf sebelah mlm tu.
insyallah susu akan meningkat sikit2, dan byk ke asal.
nurul da alami nye, nurul wat power pumping n bgn mlm2 pam

bedah125 said...

Time kasih..

Huhu..sekarang pun tengah berusaha nak up kan balik output..
siksanya nak bangun pagi..tapi kugagahi jugak demi anakku..Tapi pagi tadi terkandas jugak..

Selamat Datang