Tuesday, April 28, 2009

Siannya anak Ibu - HFMD

Aritu aku ada citer yang anak aku demam. Actually masa tu anak aku dah terkena virus Penyakit Mulut kaki tangan (HFMD). Korang pun mesti dah penah dengar tentang penyakit ni. Aku sebelum ni pun pernah jugak dengar tapi tak banyak sangat info yang aku ada..tak sangka plak anak aku nak kena. Penyakit ni selalu menyerang kanak yang umo bawah 12 tahun..kalau tak silap info yang penah aku baca.

Sabtu (11/4/2009)
Aku dah terasa lain macam suhu badan anak aku ni tapi aku tengok dia masih lagi aktif so masa tu aku tak amik pot sangat cuma aku dah mula awarela..Malam badan Wafi still 'dedar' tapi susu+ makan macam biasa.

Ahad (12/4/2009)
Badan still 'dedar' tapi dah mula nampak mata dah layu tapi still lagi aktif.Wafi ni memang tak dok diam. Kalau dah sakit sangat baru nampak. Pagi2 dia dok main suluh mata, mulut guna torchtlight kat hp aku. Entah macamana dia gi suluh mulut dia. Aku terpandang macam banyak dot2 merah dalam mulut dia. Aku tak pasti sebelum ni mmg cenggitu ghupanya atau dah mula ada tanda luar biasa kat anak aku..Tengahari mak sampai dari kampung, mak tego Wafi nampak tak larat walaupun masa tu dia tengah laju bawak keta dia..Nampak macam biasa cuma aku bagi tau kat mak kata dalam mulut wafi ader dot2 merah penuh..bukan ulser.. Mak kata takpe monitor je dulu

Petang
Wafi dah mula meragam tapi bila dah mandi nampak ok..So petang tu pegi umah Along tengok baby zulaikha yang kebetulan baru jer kakak aku amik petang semalam.Wafi main cam biasa tapi asik wat perangai tak macam selalu..badan makin panas tapi siksanya makan ubat..aku plak dah khabisan stok ubat memandangkan wafi dah lama tak demam rasanya nak dekat setaun gakla dia tak demam. Along pun dah habis.Nampak wafi dah lain macam mak aku sok gi klinik amik ubat sbb wafi dah mula merengek..pergi klinik kat Taman Tenaga..Terpaksa Mintak tolong Along antarkan en somi aku takleh antarkan..Wafi dah mula nangis..Dr tak dapat nak trace demam biasa atau sakit lain ..aku ader tunjuk bijik2 kat tanganhn dia yang dah mula naik..Dr kata baru sangat so dia assume demam biasa.
* Petang ni jugak dapat call yang Mak Long dah selamat bersalin

Isnin (13/4/2009)

Aku terpaksa amik EL .Badan Wafi still panas..Nak makan ubat punyala siksa..Selalunya senang jer nqak bagi ubat..No wonderla sekali aku perasan dah mula naik ulser kat bibir.Mula perasan satu jer sekali dah tengahari kat depan bibir saja dah ada 3 mata..Dah mula tak mau makan minum bagai..Aku dah mula susah hati. Asyik merengek jer."Mama, akit"..Memang masa ni aku dah risau bangat..Mana inu yang sanggup tengok anak dia sakit..Dalam masa yang sama aku ni pun bukan nya kuat sangat macam dulu..Nak jalan pun sakit..terpaksa kuatkan semangat. Nak taknak aku terpaksa bersilat masa nak bagi wafi ni makan ubat..Bayangkanla aku sensorang pegang dia.kaki aku kepit kaki, tangan dia aku pegang..sebelah tangan lagi aku pegang shrink..dengan perut boyot2 ni la..sampai senak la kena tendang dek si wafi..Nak nangis pun ader..Kederat mak buyung ni tak terdaya nak lawan..Asben aku dah pergi keje so aku la sensorang kat umah.

Selasa(14/4/2009)

Terpaksa cuti lagi..Pagi2 aku dah bersiap nak ke spital..Ajak asben aku p HUKM memandangkan demam wafi yang tak baik2 malah makin teruk..perkataan 'Akit' sakit tu sampai dah tak larat nak dengat..Tapi apa yang aku mampu buat..Cuma boleh berserah. Dr sahkan Wafi kena penyakit kaki tangan mulut dan terpaksa dikuarantinkan. Aku terpaksa tambah lagi cuti memandangkan wafi tak boleh hantar pada pengasuh . Kata dr virus ni mudah merebak..Masa ni fikiran bercelaru..Dengan ingatkan keje yang tak siap lagi, delivery yang makin dekat, anak sakit+ tak mo makan, aku yang makin tak larat..

Khamis (15/4/2009)

Masih lagi demam tapi dah nampak kurang..bijik2 kat tapak tangan,siku,lutut, tapak kaki dah nampak sangat..tapi masa aritu dah nampak kering( sebelum ni aku sapu calamine lotion), tapi ulesr kat mulut tak baik2 lagi..Penuh satu mulut,lidah lelangit, tepi bibir..(kita yang naik satu jer ulser pun dah rasa sakit sangat, ni plak budak . penuh satu mulut plak tu)

* Seminggu wafi tak minum makan ..minuman dia cuma dutch lady coklat.. Makin susut anak ibu.

Petang

Tetiba aku dengar wafi menjerit..masa tu aku kuar toilet dia kat bilik..Skali aku masuk tengok dia tunjuk mulut ..Tergamam aku tengok gigi dia penuh darah..Rupanya mulutnya tersangkut kat tingkap masa berdiri tepi tingkap..Aku makin gabra..Sambil aku baringkan+lap darah kat mulut sambil tu aku marah dia..Marah tahap giler..tak pernah aku tengking sebelum ni..semuanya sekelip mata..bibir atas tu terkoyak..menggigil tangan aku masa lap tangan dia..Korang percaya tak kalau aku cakap wafi sikit pun tak nangis agaknya dia pun terkejut tengok ibu marah..tak pernah ibu segarang tu. Agaknya dia pun rasa bersalah..Banyak giler darahnya sampai penuh darah satu napkin.

Pas reda aku pelok cium anak aku tu..nagis sama2..Nasib baik kena tang mulut kalau tersangkut kat mata macamna nak...Sampai bila2 Ibu tak dapat nak maafkan diri ibu!! sob..sob..emo plak aku.Esoknya baru aku citer kat asben aku.

Snap pic ni pun masa dia tdo..kalau tak jangan harapla..mau dibalingnya kamera ni. Masa ni dah hari ke 5 so dah beransur kurang










Jumaat (16/4/2009)
Aku terpaksa mintak tolong mak jagakan wafi memandangkan telefon aku asik berdering2..Banyak keje yang pending.. Buat keje pun tak tenang..sat2 tepon mak
Dugaan.......
Panjang plak entry kali ni

1 comments:

cikin said...

cian kat wafiy...:(

Selamat Datang